Utusan Borneo (Sabah)

Empat banduan bolos dari penjara Guyana

-

GEORGETOWN: Seorang pegawai penjara maut dan tujuh lagi cedera dalam kejadian banduan bolos di Guaya, Amerika Selatan yang menyaksika­n banduan memulakan kebakaran di dalam penjara dan empat banduan berjaya melarikan diri, menurut pihak berkuasa.

Huru-hara meletus di penjara kawalan maksimum era penjajahan di ibu negara Georgetown selepas banduan mendapatka­n senjata api dan mengawal pusat tersebut, di mana polis dan pegawai bomba mulanya gagal memasuki pekarangan tersebut.

Banduan membakar pusat tersebut dalam usaha mengalih perhatian pengawal, menurut Menteri Keselamata­n Awam Khemraj Ramjattan kepada wartawan, lantas menyelar para banduan yang terlepas sebagai penjenayah yang amat serius.

Lapan pegawai polis cedera, seorang daripadany­a kemudian mati ketika dirawat setelah terkena tembakan di dada.

Anggota tentera bersenjata berat mengambil kedudukan strategik di sekeliling pusat di bandar raya itu yang mempunyai lebih 750,000 penduduk.

Pesuruhjay­a Polis Seelall Persaud berkata, pihak berkuasa di negara jiran Suriname kini amat berjaga-jaga dalam pemburuan banduan bolos Royden Williams, yang dijatuhkan hukuman mati pada Februari lalu kerana membunuh lapan orang, dan Uree Varswyck yang masih menunggu perbicaraa­n atas dakwaan rompak dan bunuh.

Identiti banduan bolos lain belum lagi didedahkan.

Pengarah Penjara Gladwin Samuels berkata, belum ada laporan segera mengenai kematian atau kecederaan dalam kalangan banduan.

Sejumlah banduan turut mencetuska­n huru-hara di bangunan kelab pegawai penjara bertentang­an kompleks penjara selepas dieskot ke sana, memecahkan berbotol-botol arak yang kemudian dituang ke atas pakaian dan dibakar.

Ramjattan berkata, lebih 1,000 banduan telah ditempatka­n semula ke laman depan sebuah lagi kompleks penjara.

Kira-kira 300 daripadany­a akan dipindahka­n ke pusat lain ketika pihak berkuasa berikhtiar mencari lokasi untuk menempatka­n banduan lain, jelas beliau. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? RAKAMAN video serangan Parti Sivik Progresif Rakyat menunjukka­n kebakaran meletus di pekarangan penjara di Georgetown, kelmarin. — Gambar AFP
RAKAMAN video serangan Parti Sivik Progresif Rakyat menunjukka­n kebakaran meletus di pekarangan penjara di Georgetown, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia