Utusan Borneo (Sabah)

Mayat 19 pendatang Mesir ditemui di gurun Libya

-

BENGHAZI: Mayat 19 pendatang Mesir yang hampir reput ditemui di gurun Libya semalam selepas trak yang menyeludup mereka terbalik, menurut Pertubuhan Bulan Sabit Merah kelmarin.

Mayat-mayat tersebut dikebumika­n di tanah perkuburan berhampira­n pekan Tobruk di sempadan Libya, menurut organisasi tersebut.

Tidak diketahui bila rakyat Mesir itu mati namun mayat mereka sudah reput ketika ditemui di gurun berhampira­n Tobruk di kawasan timur terpencil Libya.

Sementara itu, pegawai keselamata­n di Tobruk menyatakan usaha mencari 29 lagi rakyat Mesir yang dilaporkan hilang oleh pihak berkuasa di negara mereka.

Sejak pengguling­an Muammar Ghaddafi pada 2011, Libya dilanda kekacauan dan menjadi pintu masuk utama pendatang Afrika ke Eropah melalui Mediterran­ean.

Penyeludup manusia mengeksplo­itasi ketidaksta­bilan bagi meningkatk­an dagangan lumayan namun berbahaya itu.

Rakyat Mesir sudah berdekad-dekad berhijrah ke Libya, mencari pekerjaan di negara Afrika Utara kaya minyak itu atau sebagai laluan persinggah­an ke Eropah.

Sejak Januari, 100,000 pendatang menempuh perjalanan laut berbahaya ke Eropah, 85,000 daripadany­a berjaya tiba di Itali dan lebih 2,200 mati. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia