Utusan Borneo (Sabah)

Masalah elektrik di Kampung Sinjan Ulu diatasi kerajaan secara berperingk­at

-

KUCHING: Masalah bekalan elektrik yang dihadapi lebih 20 rumah di Kampung Sinjan Ulu di Jalan Astana, Petra Jaya di sini akan diatasi kerajaan secara berperingk­at-peringkat.

Perkara ini dijanjikan oleh Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Samariang.

“Saya telah berbincang tentang masalah ini dengan Kementeria­n Kemudahan Awam dan bekalan ini akan kita salurkan ke kampung ini tetapi secara berperingk­at-peringkat.

“Kita akan cuba menyegerak­an perkara ini dan saya berharap penduduk yang terlibat dapat bersabar,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2017 di Dewan Kampung Malaysia Jaya dekat sini malam Sabtu.

Terdahulu Ketua Kaum Kampung Malaysia Jaya Marzuki Hamdan dalam ucapannya memohon perhatian kerajaan untuk mencari mekanisme terbaik bagi menangani masalah berkenaan.

Buat masa ini katanya, penduduk yang masih belum menerima bekalan elektrik 24 jam daripada kerajaan bergantung kepada penjana kuasa.

Tambah Hasidah, banyak projek telah dilaksanak­an untuk penduduk di Kampung Malaysia Jaya. Antaranya naik taraf sistem perparitan serta banyak lagi projek lain.

“Setiap tahun kita ada membawa projek di kampung ini dan kita akan teruskan termasuk di kampungkam­pung lain dalam kawasan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia