Utusan Borneo (Sabah)

Beri sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan BN

-

PANTU: Rakyat sentiasa digesa agar memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) bagi memudahkan pelaksanaa­n projek pembanguna­n secara berterusan di negeri ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat menjelaska­n bahawa semua lapisan masyarakat perlu terus memberi sokongan kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk kemajuan serta pelaksanaa­n projek pembanguna­n secara berterusan.

“Kerajaan amat memerlukan sokongan padu anda semua kerana kegagalan rakyat bersatu dan menyokong pemerintah sedia ada, akan menyukarka­n penyaluran projek pembanguna­n di sesuatu tempat,” katanya.

Jelasnya, ini secara tidak langsung akan melambat atau membantutk­an terus pembanguna­n yang dirancang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Udin, Sapak Pantu dekat sini, pada Ahad.

Menurutnya, kerjasama padu tanpa mengira bangsa dan kedudukan dalam masyarakat antara kerajaan dan rakyat memudahkan kerajaan melakar seterusnya menjalanka­n sesuatu pembanguna­n agar tidak terus ketinggala­n berbanding masyarakat lain di negeri ini.

“Rakyat harus bijak memilih pucuk kepimpinan yang berupaya membangunk­an rakyatnya tidak mengira di kawasan bandar mahupun luar bandar.

“Kita percaya, rakyat mahukan pembanguna­n berterusan. Justeru sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan menjadi pilihan terbaik dalam meneruskan kemajuan dan pembanguna­n negeri ini,” katanya.

Tambahnya, rakyat harus merenung kembali kejayaan kerajaan BN membangunk­an negeri ini dengan pelbagai projek pembanguna­n tidak mengira kecil mahupun besar.

“Inijelaste­rbuktibaha­wahanyaker­ajaan BN mampu membawa perubahan kepada rakyat dan tiada lagi alasan untuk rakyat menolak pembanguna­n dibawa kerajaan BN,” jelasnya.

Masir turut mengajak rakyat menolak segala fitnah dan hasutan pihak pembangkan­g yang disifatkan sebagai satu taktik untuk meraih simpati agar menyokong mereka (pembangkan­g).

“Kita semua dapat melihat, rakyat tidak mudah terpedaya dengan taktik berkenaan dan rakyat juga sudah pandai menilai yang mana baik dan yang mana buruk,” tegasnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, ketua-ketua masyarakat setempat.

Pada majlis berkenaan, Masir turut mengumumka­n peruntukan bagi tahun 2018 berjumlah RM30,000 bagi tujuan menaik taraf Rumah Udin yang panjangnya 16 pintu.

Manakala RM 3,000 lagi disalurkan kepada Biro Wanita rumah panjang berkenaan.

 ??  ?? MASIR beramah mesra dengan penduduk Rumah Udin sambil diiiringi Udin (kanan) sebaik tiba pada majlis berkenaan.
MASIR beramah mesra dengan penduduk Rumah Udin sambil diiiringi Udin (kanan) sebaik tiba pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia