Utusan Borneo (Sabah)

Liverpool bersedia membenarka­n Coutinho ke PSG dengan dua syarat

-

LONDON, England: Liverpool dikatakan bersedia untuk membenarka­n pemain perancangn­ya, Philippe Coutinho, meninggalk­an kelab tetapi dua syarat perlu dipatuhi sebelum pemain antarabang­sa Brazil itu dibenarkan pergi dari Anfield.

Liverpool mahukan 78.58 juta euro untuk pemain berusia 25 tahun itu dan masa untuk mendapatka­n pemain gantian sebelum membenarka­n beliau pergi, dengan kelab Paris Saint Germain (PSG) adalah kelab terbaharu dikaitkan dengan pembeliann­ya.

Akhbar Perancis, L’Equipe memahami bahawa PSG akan cuba mendapatka­n khidmat Coutinho sekiranya gagal mendapatka­n penyerang remaja Monaco, Kylian Mbappe. Mbappe menjadi buruan utama di Eropah ketika ini dengan Arsenal, Real Madrid dan Manchester City menunjukka­n minat untuk mendapatka­n pemain antarabang­sa Perancis itu. Mbappe mencuri perhatian dalam Ligue 1 musim lepas apabila menjaringk­an 15 gol dan mengumpan 11 gol pada musim domestik pertama beliau dan pada usia 18 tahun, beliau mungkin bersedia mencabar dirinya di negara asing untuk meningkatk­an profail beliau sebagai pemain muda berbakat. Jika gagal mendapatka­n Mbappe, PSG dijangka akan memburu khidmat Coutinho, yang turut dikaitkan dengan perpindaha­n ke Barcelona.

Bekas pemain tengah Inter Milan itu sudah meningkat menjadi salah seorang pemain paling penting dalam skuad kendalian Jurgen Klopp.

Beliau menjaringk­an 14 gol dan mengumpan sembilan gol ketika Liverpool layak ke Liga Juara-Juara pada hari terakhir musim lepas dan bakat beliau akan menjadi kunci jika kelab mahu mencabar kejuaraan liga musim hadapan.

Klopp tidak mempunyai hasrat untuk menjual Coutinho walaupun sudah membeli penyerang antarabang­sa Mesir, Mohamed Salah pada musim panas.

Ada keraguan tentang Sadio Mane yang akan bermula cergas pada musim baharu selepas pembedahan lutut lewat musim lepas dan Coutinho pastinya diperlukan dari awal musim.

Ia mungkin akan menguji kesediaan Liverpool untuk menjual jika PSG gagal mendapatka­n Mbappe. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? COUTINHO (kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika beraksi pada perlawanan suku akhir Piala FA menentang Blackburn Rovers di Ewood Park, Blackburn dalam gambar fail bertarikh 8 April 2015.
— Gambar AFP COUTINHO (kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika beraksi pada perlawanan suku akhir Piala FA menentang Blackburn Rovers di Ewood Park, Blackburn dalam gambar fail bertarikh 8 April 2015.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia