Utusan Borneo (Sabah)

Sukan SEA: Emas sebenar takraw, tewaskan Thailand

-

KUALA LUMPUR: Pelumba BMX negara, Ahmad Syazrin Awang Ilah yakin mampu menyumbang kilauan pingat pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) walaupun tidak diletakkan sasaran oleh Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Berdasarka­n prestasi memberangs­angkan apabila muncul juara kategori elit pada Kejohanan BMX Kebangsaan 2017 semalam, Ahmad Syazrin menyasarka­n pingat gangsa pada penampilan pertamanya di Sukan SEA kali ini.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu yakin dengan prestasi terkini, beliau mampu mencabar pelumba dari Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura.

“Semua orang tahu pelumba Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura adalah peserta pilihan untuk menang pingat. Bagaimanap­un, saya sudah pantau prestasi semua pelumba Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura.

“Rasanya saya boleh naik podium sekurang-kurangnya menang pingat gangsa. Saya yakin saya boleh melakukan kejutan sekal pun BMX tidak disasarkan untuk menggondol sebarang pingat pada Sukan SEA 2017,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n oleh PKBM kelmarin.

Pada Kejohanan BMX 2017 yang berlangsun­g di Arena BMX Nasional Nilai semalam, Ahmad Syazrin muncul juara selepas mencatat masa 31.818 saat pada laluan sepanjang 0.336 meter, manakala Elmi Jumari dari Selangor di tempat kedua dan M.Ibnu Hasyimie Omar juga dari Terengganu di tempat ketiga.

“Saya menang kejohanan kebangsaan 2016 di Petaling Jaya tahun lalu. Ini bermakna saya juara bertahan. Saya tahu hanya Elmi (Jumari) yang boleh mencabar saya. Bagaimanap­un, ini tidak bermakna pelumba lain tidak kuat. Apa-apa sahaja boleh berlaku pada hari perlumbaan.

“Cuma saya berada pada prestasi yang cukup baik dan yakin boleh menang selesa ke atas pelumba lain,” katanya.

PKBM tidak menyasarka­n sebarang pingat daripada BMX kerana Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura dianggap kuasa terbesar tradisi dalam disiplin tersebut. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia