Utusan Borneo (Sabah)

Ronaldo buat keputusan untuk kekal di Madrid

-

MADRID, Sepanyol: Cristiano Ronaldo dikatakan sudah berubah fikiran mengenai masa depannya dan membuat keputusan untuk terus kekal di Real Madrid, menurut laporan di Sepanyol.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez, mengakui Ronaldo berasa “marah dan terkilan” selepas tuduhan dari pihak berkuasa cukai Sepanyol di mana beliau mengelak membayar sebanyak 21.9 juta pound cukai.

Ronaldo memberitah­u kelab di mana beliau akan pergi jika beliau disabitkan bersalah atas penipuan cukai dan beliau malah didakwa mengadakan pertemuan rahsia dengan presiden kelab Paris Saint Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi, beberapa jam sebelum menjaringk­an dua gol di final Liga JuaraJuara ketika menewaskan Juventus.

Tetapi akhbar AS melaporkan bahawa Ronaldo sudah memilih untuk terus kekal di Madrid, selepas diyakinkan oleh pengurusan kelab di mana beliau masih merupakan bahagian yang penting dalam perancanga­n masa depan kelab.

Walaupun akan hadir di mahkamah pada 31 Julai kerana dakwaan cukai, akhbar AS melaporkan perwakilan Ronaldo telah memujuk beliau di mana ia adalah untuk kepentinga­n kapten antarabang­sa Portugal itu untuk terus beraksi di Bernabeu.

Perez sebelum ini mencadangk­an beliau akan bercakap dengan pemain selepas kembali dari Piala Konfederas­i dan mengulangi keyakinann­ya di mana Ronaldo akan terus kekal.

Beliau berulang lagi memberikan sokongan kepada Ronaldo sejak pertuduhan itu dikemukaka­n dan berkata ia tidak dapat diterima di mana bintang utama mereka dilayang “seperti seorang penjenayah”.

Skuad Real akan kembali melaporkan diri untuk latihan pramusim minggu ini tetapi Ronaldo diberikan rehat tambahan selepas penglibata­nnya dalam Piala Konfederas­i, di mana Portugal menduduki tempat ketiga dan dijangka hanya kembali ke Madrid pada lewat bulan Julai. — Reuters

 ??  ?? RONALDO
RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia