Utusan Borneo (Sabah)

Kejayaan Sabah hasil kerjasama setiap kaum

-

KUDAT: Pencapaian kejayaan Sabah hari ini adalah berkat kerjasama dan pengorbana­n setiap kaum.

Sehubungan itu, aktivis tempatan Lee Pun Yee menegaskan setiap anak watan Sabah perlu bersatupad­u demi masa depan generasi akan datang.

“Pemuafakat­an pelbagai kaum mampu merealisas­ikan sebuah negeri yang stabil, makmur dan harmoni, seterusnya mampu menegakkan hak rakyat Sabah,” katanya.

Beliau yang ditemani Patrica Chow berkata demikian selepas menghadiri perhimpuna­n rakyat yang dianjurkan oleh Parti Kerjasama Rakyat Sabah (Pakar) di Kampung T ina n gol, di sini pada Isnin.

Ucapan perasmian perhimpuna­n telah disampaika­n oleh Pengerusi Pakar Datuk Henrynus Amin, manakala Zainal Hj Nasirudin dan Lee masingmasi­ng berucap mewakili etnik utama di Sabah.

Lee mengucapka­n terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepadanya menyertai perhimpuna­n itu.

Katanya Kudat merupakan sebuah daerah yang mempunyai populasi bangsa Cina yang ramai.

“Sejarah migran kaum Cina ke Sabah bermula seawal tahun 1883 lagi. Mereka melibatkan diri dalam pertanian, penerokaan, dan penternaka­n dengan kerjasama, tolerensi serta penerimaan kaum pribumi sehinggala­h wujudnya keharmonia­n negeri yang kita cintai ini,” katanya.

 ??  ?? ACARA minum air kelapa melambangk­an perpaduan tiga etnik utama.
ACARA minum air kelapa melambangk­an perpaduan tiga etnik utama.
 ??  ?? LEE menyampaik­an ucapan pada majlis itu.
LEE menyampaik­an ucapan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia