Utusan Borneo (Sabah)

`Tiada kaitan pengganas’

Kes lapan warga Filipina yang ditangkap di perairan Sandakan pada Sabtu

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

“Kita sentiasa berjaga-jaga terutama di kawasan pantai timur, lebih-lebih lagi dengan situasi yang masih belum tenteram di Marawi Filipina. DATUK RAMLI DIN Pesuruhjay­a Polis Sabah

KOTA KINABALU: Polis mengesahka­n lapan warga Filipina yang ditangkap di perairan Sandakan pada Sabtu tiada kaitan dengan pengganas.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata kesemua tangkapan hanyalah orang biasa yang mencari tempat tinggal lebih baik.

Katanya, pemeriksaa­n dan saringan ke atas semua individu terbabit turut dijalankan.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n mendapati kesemua warga Filipina itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas.

“Kita sentiasa berjagajag­a terutama di kawasan pantai timur, lebih-lebih lagi dengan situasi yang masih belum tenteram di Marawi Filipina.

“Tindakan proaktif melibatkan semua elemen keselamata­n sentiasa diperkemas­kan termasuk rondaan polis marin di kawasan pesisir Zon Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esszone),” katanya pada sidang media Isnin.

Beliau baharu sahaja kembali dari mengadakan lawatan ke Pulau Sebatik Tawau bagi melihat sendiri keadaan keselamata­n di kawasan itu.

Seramai lapan warga Filipina berumur lingkungan 23 hingga 62 tahun ditahan selepas anggota polis marin mendapati dua bot mencurigak­an kira-kira jam 5.30 pagi di kawasan perairan Sandakan.

 ??  ?? RAMLI
RAMLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia