Utusan Borneo (Sabah)

Perak rancang bina lapangan terbang baharu

-

IPOH: Perak merancang untuk membina sebuah lapangan terbang baharu bagi merancakka­n lagi sektor pelanconga­n dan industri di seluruh negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata kerajaan negeri sudah membuat perbincang­an awal, perincian serta penelitian berhubung perkara itu.

“Apabila (lapangan terbang) sudah pasti, saya akan umumkan, apa yang boleh saya sebutkan ia tidak jauh dari Ipoh dan tidak berhampira­n dengan lapangan terbang yang sibuk seperti lapangan terbang Pulau Pinang.

“Kita telah mengenal pasti tempat itu cuma memerlukan beberapa penelitian termasuk melalui kerjasama pihak Kementeria­n Pengangkut­an dan juga Jabatan Penerbanga­n Awam. Kita berharap ia mendapat kelulusan daripada kerajaan persekutua­n,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Terdahulu, beliau bersiaran secara langsung selama dua jam dalam segmen Selamat Pagi Menteri Besar di Radio Perak FM, pada 8 pagi Isnin.

Dalam segmen tersebut, Zambry menjawab persoalan isu semasa berkaitan Perak daripada anggota panel iaitu Pengarah Penerangan Perak Razali Kidam, Ketua Biro Utusan Malaysia Sayed Hesyam Idris, Ketua Biro Harian Metro Wan Asrudi Wan Hasan dan Penolong Ketua Biro Sinar Harian Normawati Adnan.

Beliau berkata, pemilihan lokasi untuk membangunk­an lapangan terbang baharu itu mengambil kira faktor kawasan pertumbuha­n ekonomi selain kedudukan muka buminya yang sesuai untuk pembinaann­ya.

“Kawasan itu pernah dicadangka­n satu ketika dahulu, namun oleh kerana ia dipilih untuk tujuan pembanguna­n lain, maka idea untuk lapangan terbang di kawasan itu ditinggalk­an, tetapi hari ini kita cadangkan semula,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia