UMS promosi muzik tempatan

Jalin kerjasama dengan pemuzik antarabang­sa

Utusan Borneo (Sabah) - - Citra - Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW) mahu memastikan muzik tempatan di Sabah dapat diperkenal ke peringkat antarabang­sa melalui kerjasama dengan pelbagai pemuzik pakar luar negara.

Dekan FKSW Profesor Dr Ismail Ibrahim berkata usaha itu dilaksanak­an melalui penglibata­n profesor universiti luar negara dalam setiap bengkel yang menjurus kepada bidang muzik di institusi itu.

“Sudah tentu bengkel yang menjurus kepada muzik akan lebih memberi impak positif kepada industri muzik negara khususnya di Sabah yang kaya dengan pelbagai etnik dan budaya.

“Jadi, kita merasakan bahawa dengan usaha UMS ini, pemulihara­an budaya tempatan khususnya muzik di Sabah akan lebih terjamin dan terpelihar­a termasuk usaha mendokumen­tasi budaya etnik Borneo,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Bengkel ‘Early Childhood Music Level

anjuran Unit Penyelidik­an Warisan Borneo dan Program Muzik FKSW, di sini, pagi Isnin.

Bengkel yang berlangsun­g lima hari bermula kelmarin itu disertai 26 orang yang dikendalik­an oleh Pensyarah Pendidikan Muzik Universiti Hawai Profesor Dr Chet Yeng Loong.

Mengulas bengkel kali kedua itu, Ismail berharap agar lebih ramai terlibat pada penganjura­n tahun seterusnya.

Katanya bengkel itu dilihat amat berguna bagi mempelbaga­i serta meningkatk­an teknik pengajaran muzik kepada golongan sasar iaitu kanakkanak berusia 3 hingga 6 tahun.

“Sudah

tentu bengkel yang menjurus kepada muzik akan lebih memberi impak positif kepada industri muzik negara khususnya di Sabah yang kaya dengan pelbagai etnik dan budaya. PROFESOR DR ISMAIL IBRAHIM Dekan Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW)

ISMAIL (dua kanan) merakam gambar kenangan bersama penganjur dan peserta bengkel. Turut kelihatan Chet (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.