Utusan Borneo (Sabah)

MuayThai Sabah berpesta emas

Kejohanan Pra Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

- Oleh DESMOND QWEK

Kutipan ini menunjukka­n prestasi atlet Sabah semakin meningkat dan menunjukka­n kemajuan dari tahun-tahun lepas (sebelum ini). Ini adalah hasil dari pembanguna­n sukan yang berterusan dan komitmen tinggi dari semua pihak yang mana terus giat berlatih bukan sahaja untuk kategori amatur tetapi juga kategori pro (profesiona­l). IR. HAJI NAZRI ABD RAZAK Presiden Persatuan MuayThai Negeri Sabah (PMNSabah)

KOTA KINABALU: MuayThai Sabah berpesta membawa pulang lapan pingat emas dari Kejohanan Pra Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang berakhir di Damansara Utama, Selangor pada Ahad.

Selain emas, pencapaian atlet negeri ini sangat luar biasa selepas turut memenangi empat perak dan tiga gangsa, untuk menyaksika­n hanya dua dari 17 atlet pulang dengan tangan kosong.

Lima atlet elit mengepalai kecemerlan­gan Sabah di kejohanan empat hari itu selepas bukan sahaja memasuki perlawanan akhir, tetapi setiap mereka muncul selaku juara kebangsaan.

Mereka ialah Mohd Rayyan Rizqin Mohd Kassim yang bersaing dalam kategori 54kg, Sunny N. Sabordino (57kg), Mohamad Rizal (63.5kg), Ronald James Tee Chee Xiang (67kg) dan Md Noor Ghani (71kg).

Dalam kategori Remaja, tiga emas Sabah dimenangi menerusi Danish Readwan (34kg,10-11 tahun), Daniel Fiediens Maideh (42kg,1213 tahun) dan Khallen Barthez Jafili (57kg,14-15 tahun).

Empat pingat perak dimenangi menerusi satusatuny­a atlet perempuan Alyshah Suhana Shazam (36kg,10-11 tahun) selain Nurfaiz Iskandar Daud (40kg,12-13 tahun), Kenny Jafili (71kg,16-21 tahun) dan Mohd Syazmiel Shazam (57kg,16-21 tahun).

Tiga pingat gangsa pula dimenangi menerusi Shah Aryan Shazam (45kg,16-21 tahun), Areen Khan Shazam (48kg,16-21 tahun) dan Mohd Rahmad Rahman (32kg,12-13 tahun).

Presiden Persatuan MuayThai Negeri Sabah (PMNSabah) Ir. Haji Nazri Abd Razak melalui kenyataan akhbar beliau pada Isnin nyata amat gembira diatas pencapaian itu yang melepasi sasaran dua emas yang diletakkan oleh beliau.

“Kutipan ini menunjukka­n prestasi atlet Sabah semakin meningkat dan menunjukka­n kemajuan dari tahun-tahun lepas (sebelum ini).

“Ini adalah hasil dari pembanguna­n sukan yang berterusan dan komitmen tinggi dari semua pihak yang mana terus giat berlatih bukan sahaja untuk kategori amatur tetapi juga kategori pro (profesiona­l),” jelas beliau.

Kejohanan Pro MuayThai, D1 Fighting Championsh­ip, Elite Fight dan Sabah Fight merupakan anjuran kejohanan antarabang­sa dari Promoter negeri Sabah sendiri.

“Manakala kejohanan amatur yang giat dijalankan adalah seperti Muay

Fight Night yang bertujuan untuk pencarian atlet Sabah secara berterusan, Kejohanan Antara Kelab-kelab serta Kejohanan Antara Daerah-daerah yang dijalankan setiap tahun mengikut Takwim PMNSabah.

“Selain itu, anjuran-anjuran kejohanan dari daerah juga dijalankan oleh persatuan MuayThai daerah-daerah yang terus menunjukka­n minat yang tinggi dalam membantu mempromosi­kan sukan ini di Sabah,” tambah Nazri.

Menurut beliau, PMNSabah dengan kerjasama kelab Karabaw serta ahli jawatankua­sa negeri Sabah akan melancarka­n Kem MuayThai di daerah Papar dalam bulan Ogos bagi menempat dan memberi latihan pada atlet-atlet Sabah sebagai persediaan sebelum bertarung di kejohanan kebangsaan dan antarabang­sa.

 ??  ?? MUAYTHAI Sabah merai kejayaan di Kejohanan Pra Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang berakhir di Damansara Utama, Selangor pada Ahad.
MUAYTHAI Sabah merai kejayaan di Kejohanan Pra Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang berakhir di Damansara Utama, Selangor pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia