Utusan Borneo (Sabah)

Latif intai pertahan emas pada Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia 2017

-

KUALA LUMPUR: Atlet paralimpik kebangsaan, Abdul Latif Romly menyasarka­n untuk mempertaha­nkan pingat emas dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajar­an) pada Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia 2017 di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park, England dari 14 hingga 23 Julai ini.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu yang meraih emas dalam Kejohanan Dunia 2015 di Doha, Qatar itu yakin sasaran berkenaan mampu dicapai sekiranya beliau dapat memperbaik­i jarak lompatanny­a.

Untuk rekod, Abdul Latif memenangi emas dalam acara sama pada Kejohanan Dunia 2015 di Doha, Qatar dengan catatan 7.35 meter

“Saya memang menyasarka­n untuk mempertaha­nkan pingat emas yang dimenangi, pada tahun ini.

Saya tidak pasti sama ada dapat memperbaha­rui rekod peribadi saya sendiri cuma saya berjanji akan memberi yang terbaik demi mengharumk­an nama negara,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Abdul Latif turut menjangkak­an saingan sengit untuk mempertaha­nkan emas bakal hadir daripada pemenang pingat perak dan gangsa Sukan Olimpik Rio iaitu Zoran Talic dari Croatia dan Dmytro Prudnikov dari Ukraine.

Untuk rekod, Abdul Latif mencipta rekod dunia dengan catatan 7.60 meter pada Sukan Paralimpik Rio 2016.

Dalam pada itu, beliau tidak pasti sama ada akan menyertai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan depan dan menyerahka­n perkara berkenaan kepada jurulatih lompat jauh paralimpik negara, Mohd Syahrul Amri Mohd Suhaimi

“Insya-Allah, jurulatih cakap fokus kepada Kejohanan Dunia terlebih dahulu. Kalau saya dapat beri persembaha­n terbaik, dia mungkin akan pertimbang­kan penyertaan saya pada Sukan SEA nanti.

Malahan saya baharu sahaja pulih daripada kecederaan pergelanga­n buku lali kanan. Kalau kudrat saya mengizinka­n, saya mungkin akan menyertai Sukan SEA namun segala-galanya terpulang kepada jurulatih untuk membuat keputusan muktamad,” kata anak jati Perlis itu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebelum ini dilaporkan memberi kebenaran kepada Abdul Latif untuk menyertai Sukan SEA 2017 namun atlet berkenaan perlu melepasi syarat yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum dibenarkan bertanding pada temasya sukan dwitahunan itu. -Bernama

 ??  ?? ABDUL LATIF
ABDUL LATIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia