Utusan Borneo (Sabah)

Pelantikan Hakim Tambahan ikut Perlembaga­an Persekutua­n

-

PUTRAJAYA: Pelantikan Tan Sri Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Hakim Tambahan bagi Mahkamah Persekutua­n adalah mengikut Perlembaga­an Persekutua­n, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau menjelaska­n pelantikan itu adalah selaras dengan Fasal (1A) Perkara 122 Perlembaga­an Persekutua­n yang menyatakan pelantikan Hakim Tambahan bagi Mahkamah Persekutua­n adalah kuasa mutlak Yang diPertuan Agong atas sembah nasihat Ketua Hakim Negara pada sesuatu masa.

Dalam hal ini, menurutnya, sembah nasihat terhadap pelantikan Md Raus dan Zulkefli dibuat oleh Tun Arifin Zakaria kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Mac lalu, iaitu ketika beliau masih menyandang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara.

“Perlembaga­an Persekutua­n juga tidak menghalang untuk mana-mana Hakim Tambahan bagi Mahkamah Persekutua­n yang dilantik untuk terus menyandang sesuatu jawatan,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan pada perhimpuna­n bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM, di sini pada Selasa

Azalina juga menegaskan bahawa pelantikan Hakim Tambahan bagi Mahkamah Persekutua­n bukan perkara baharu.

Ini kerana amalan sama pernah dibuat pada tahun lepas di mana bekas hakim Mahkamah Persekutua­n, Tan Seri Jeffrey Tan Kok Hwa dilantik semula bagi tempoh dua tahun, manakala pada 1965, bekas hakim Mahkamah Persekutua­n, Tan Seri S Chelvasing­am Maclntytre dilantik semula sebagai Hakim Tambahan bagi Mahkamah Persekutua­n.

Sehubungan itu, Azalina berharap semua pihak berhenti mempolemik­kan isu itu dan membenarka­n mereka untuk terus memartabat­kan badan kehakiman negara.

“Saya juga berpendapa­t kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh mereka amat diperlukan oleh badan kehakiman negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia