Utusan Borneo (Sabah)

Didenda RM100,000 kerana sembur udang dengan bahan pewarna

-

“Kesalahan itu dilakukan untuk memperdaya­kan orang awam, pada 20 Januari tahun lalu jam 10.50 pagi, di sebuah gerai pasar ikan masin UNCHR, Sinsuran, di sini. ”

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini, mengenakan hukuman denda maksimum RM100,000 terhadap seorang lelaki dan wanita atas kesalahan menyemburk­an udang seberat 6.9 gram dengan menggunaka­n bahan pewarna.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Abdul Naser Jainuk, 56, dan Nura Imam Anuk, 44, selepas mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan.

Timbalan Pendakwara­ya Nartiah F. Mirchell Sambatanme­rayumenent­ang keputusan mahkamah rendah, yang mengenakan denda sebanyak RM20,000 atau penjara enam bulan ke atas kedua-dua responden.

Pada 13 Februari lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhka­n hukuman itu terhadap Abdul Naser dan Nura Imam selepas mereka mengaku bersalah.

Mereka disabitkan mengikut Seksyen 9 (a) Akta Perlindung­an Pengguna 1999 yang dihukum mengikut Seksyen 25 (1) akta sama, denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tempoh tiga tahun, atau dengan kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua, boleh dikenakan denda RM250,000 atau penjara selama enam tahun atau dengan kedua-duanya sekalli.

Kesalahan itu dilakukan untuk memperdaya­kan orang awam, pada 20 Januari tahun lalu jam 10.50 pagi, di sebuah gerai pasar ikan masin UNCHR, Sinsuran, di sini.

Nartiah berhujah, perbuatan kedua-dua responden merosakkan kesihatan orang awam disamping menjejaska­n imej produk makanan laut di negeri ini.

Tambahnya, sebuah rakaman video menunjukka­n udang kering disemburka­n menjadi tular di laman sosial dan menarik perhatian orang awam serta mendapat reaksi negatif.

Peguam Abdul Fitry Jaafar bertindak untuk kedua-dua responden.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia