Utusan Borneo (Sabah)

Bina rumah transit bekas penagih

-

Sebagai persediaan hidup bermasyara­kat

PAPAR: Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid (gambar) melihat wujudnya keperluan bagi membina rumah transit untuk bekas penagih dadah di negeri ini sebagai tempat persediaan mereka sebelum kembali dalam masyarakat selepas menjalani rawatan pemulihan di Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC), di sini.

Jainab berkata rumah transit itu antara lain platform bagi membantu bekas penagih supaya tidak terjebak semula dalam gejala dadah selain berperanan sebagai pusat sehenti bagi melatih golongan terbabit untuk lebih berdikari dengan memberi pelbagai kursus-kursus kemahiran yang bersesuaia­n.

“Apabila keluar dari CCRC, mereka (bekas penagih) boleh ditempatka­n di rumah transit terlebih dahulu selama enam bulan bagi mempersiap­kan diri mereka sebelum kembali dalam masyarakat termasuk diberikan latihan kemahiran dan keusahawan­an serta diberikan sijil.

“Selepas membina kekuatan, kelebihan, potensi diri dan membentuk sistem sokongan antara satu sama lain, mereka boleh lebih berdikari menjalanka­n perniagaan (berdasarka­n latihan kemahiran diberikan) apabila keluar dari rumah transit tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri CCRC dan Klinik Cure and Care (C&C) 1Malaysia Papar, di sini pada Selasa.

Turut hadir Timbalan Pengarah CCRC dan Klinik C&C 1Malaysia Papar Mohd Noor Fahmi Tajuddin, Timbalan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah Abdul Hamediee Ibrahim dan Pengerusi Biro Hal Ehwal Biro Wanita, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Sabah Datuk Surinam Sadikun.

Jainab berkata rawatan selama lapan bulan di CCRC hanya untuk proses pemulihan, namun, dengan adanya rumah transit, ia akan membantu bekas penagih dari segi menjana pendapatan memandangk­an selepas keluar dari pusat pemulihan itu mereka tidak mempunyai pekerjaan selain belum mendapat kepercayaa­n sepenuhnya daripada majikan dan masyarakat. Untuk itu, Jainab mencadangk­an lokasi rumah transit itu dibina di daerah Papar.

“Jika tidak mahu membina bangunan baru, mungkin boleh cari mana-mana bangunan terbiar yang tahap keselamata­nnya terjamin dan hanya perlu diubah suai mengikut keperluan dan keselesaan,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Jainab mahu ibu bapa serta komuniti setempat memberi semangat kepada bekas penagih untuk menjalani rawatan seterusnya mengubah diri ke arah lebih produktif dan berjaya di masa depan.

Beliau berkata semua lapisan masyarakat mempunyai tanggungja­wab bersama dalam mendidik dan mengingatk­an antara satu sama lain supaya mencegah diri daripada terlibat dalam kegiatan tidak sihat terutama penagihan dadah sekali gus membasmi penularan gejala itu.

Jainab turut mengingatk­an semua klien CCRC yang sedang menjalani rawatan untuk terus menanam iltizam, semangat dan tidak berputus asa dengan cabaran mendatang dalam usaha pulih sepenuhnya apabila bebas nanti.

Selepas membina kekuatan, kelebihan, potensi diri dan membentuk sistem sokongan antara satu sama lain, mereka boleh lebih berdikari menjalanka­n perniagaan (berdasarka­n latihan kemahiran diberikan) apabila keluar dari rumah transit tersebut. DATUK JAINAB AHMAD AYID Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia