Awasi kawasan kejiranan, elak penularan rabies
Saranan Azizah kepada komuniti setempat berikutan dua kematian berlaku di Sarawak
KOTAKINABALU: Sebagai langkah berwaspada, setiap komuniti di semua peringkat digesa untuk memastikan kawasan mereka bebas daripada anjing liar bagi mengelak kes rabies seperti berlaku di Sarawak yang meragut tiga nyawa setakat ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata masyarakat harus peka terhadap keadaan sekeliling dan sekiranya terdapat anjing liar di kejiranan mereka, hendaklah segera menghubungi pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Hubungi PBT di kawasan masing-masing bagi memastikan anjing liar dapat ditangkap sekaligus mengelak daripada berlakunya insiden orang awam diserang oleh anjing liar yang membawa virus rabies.
“Walaupun belum ada kes dilaporkan berlaku di Sabah, namun orang ramai perlu berwaspada sepanjang masa kerana penyakit anjing gila ini boleh membawa kemudaratan kepada individu yang digigit ataupun diserang,” katanya.
Beliau berkata demikian
“Hubungi PBT di kawasan masing-masing bagi memastikan anjing liar dapat ditangkap sekaligus mengelak daripada berlakunya insiden orang awam diserang oleh anjing liar yang membawa virus rabies. DATUK AZIZAH MOHD DUN Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Wisma Wanita, malam Isnin.
Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort diminta mengulas berhubung kes rabies di Serian, Sarawak yang telah meragut nyawa dua beradik.
Rabu lalu, kerajaan negeri Sarawak mengisytiharkan lima kampung di Daerah Serian sebagai kawasan dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies dan mengeluarkan arahan agar semua anjing peliharaan di kawasan dalam lingkungan 10km di situ, diberi vaksin penyakit berkenaan.
Selain Kampung Lebor, kampung lain yang terlibat adalah Kerait, Paon Rimu, Paun Rimu Bakung dan Remun.
Lebih 1,000 orang menghadiri majlis yang diadakan di Wisma Wanita berkenaan.
Turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun dan Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah (Gabungan) Mazlan Joehari Manan.
Pengunjung yang hadir disajikan dengan pelbagai juadah Hari Raya selain dihiburkan dengan nyanyian artis tempatan.