Utusan Borneo (Sabah)

Empat universiti mampu berada dalam kelompok 200 terbaik dunia

-

EMPAT universiti penyelidik­an Malaysia dijangka mampu menempatka­n diri masingmasi­ng dalam kelompok 200 terbaik dunia dalam masa dua ke tiga tahun dari sekarang, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya universiti berkenaan adalah Universiti Putra Malaysia yang kini menduduki tangga ke-229, Universiti Kebangsaan Malaysia (230), Universiti Teknologi Malaysia (253) dan Universiti Sains Malaysia (264).

“Universiti Malaya (UM) yang kini berada pada kedudukan ke114 pula dijangka menempatka­n dirinya di kedudukan 100 terbaik dunia dalam masa setahun ke dua tahun akan datang,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka kementeria­nnya di sini pada Isnin.

Idris berkata sasaran kementeria­n seterusnya adalah menempatka­n UM dan mungkin universiti penyelidik­an yang lain pada tangga 20 terbaik dunia menjelang 2050.

“Melalui beberapa pengiktira­fan dunia yang diraih bidang pendidikan tinggi negara pada tahun ini telah menggambar­kan sentiasa berlaku peningkata­n pada kualiti sistem pendidikan di universiti awam,” katanya.

Idris berkata beliau bertemu dengan kesemua naib canselor universiti penyelidik­an hari ini bagi membincang­kan cara untuk meningkatk­an pengiktira­fan dunia terhadap pendidikan negara.

Beliau berkata kekangan kewangan universiti awam juga tidak seharusnya menjadi penghalang untuk universiti berkenaan terus maju.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia