Utusan Borneo (Sabah)

‘Kembali ke landasan asal’

Ketua bahagian Umno selesaikan masalah pertembung­an peribadi

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Ketua bahagian Umno disarankan mencari pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah pertembung­an peribadi bahagian masing-masing dan kembali ke landasan asal perjuangan parti.

Saranan berkenaan dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato Sri Bung Moktar Radin yang tidak menafikan terdapat bahagian Umno menghadapi masalah ketidaksef­ahaman dan tiada kerjasama antara ketua dan timbalan ketua.

Beliau mahu perkara itu dihentikan serta merta kerana ia akan menjejaska­n kekuatan dan perpaduan dalam parti.

“Ini memang berlaku di mana-mana bahagian, memang ada bahagian yang tidak sehaluan dan ini memudaratk­an parti. Jadi, saya selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno meminta mereka mengutamak­an parti daripada pertembung­an peribadi itu,” katanya.

Beliau menjelaska­n pertembung­an peribadi yang mengakibat­kan perpecahan serta memberi impak kepada kekuatan parti itu akan merugikan perjuangan parti pada keseluruha­n.

“Akhirnya, mereka bertanding, cantas mencantas antara satu sama yang lain... ini tidak baik. Oleh itu, di bulan yang baik ini, kita mulakan titik permulaan untuk berbaik-baik, bermaafmaa­fan antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Kinabatang­an (beliau) anjuran bersama Pejabat Parlimen Kinabatang­an, Felcra Berhad dan Umno Bahagian Kinabatang­an di Dewan Sri Lamag, pagi Khamis.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Mohd Edris, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kinabatang­an Datuk Jafry Ariffin, Ketua Polis Daerah Kinabatang­an Superinten­dan A Sahak Rahmat serta barisan kepimpinan­UmnodanBar­isan Nasional (BN) Zon Lima.

Dalam pada itu, Bung juga tidak menafikan wujudnya team A dan B di bahagianba­hagian Umno.

“Ada team ketua, ada team timbalan di bahagianba­hagian dan ini tidak boleh diteruskan sebab akhirnya parti itu akan pecah,” katanya.

Justeru, beliau menyaranka­n supaya ketuaketua bahagian melihatnya sebagai satu perkara asas dan kembali kepada perjuangan Umno iaitu mengutamak­an kepentinga­n parti keseluruha­n.

Bung yang juga Ketua UmnoBahagi­anKinabata­ngan berkata di kawasan parlimen itu timbalanny­a sentiasa ada, cuma naib ketua bahagian tidak hadir sebab berada di Kota Kinabalu.

“InsyaAllah, kami di Kinabatang­an tidak akan wujudbuday­atidakseha­luan,” katanya.

Ada team ketua, ada team timbalan di bahagian-bahagian dan ini tidak boleh diteruskan sebab akhirnya parti itu akan pecah. DATO SRI BUNG MOKTAR RADIN Ahli Majlis Tertinggi Umno

 ??  ?? BUNG bersama Zakaria serta Jafry dan Sahak pada majlis berkenaan.
BUNG bersama Zakaria serta Jafry dan Sahak pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia