Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat multinasio­nal didakwa

Gagal pastikan keselamata­n pekerja di Samur Sipitang

-

Syarikat berkenaan sebagai majikan didakwa melakukan kesalahan itu sehingga menyebabka­n kematian Hermansyah dan Mohammad Azlan, 24, semasa kerja-kerja pemasangan Inlet Flange pada Medium Pressure Decomposer V-34-01.

KOTA KINABALU: Sebuah syarikat multinasio­nal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas dua pertuduhan gagal memastikan keselamata­n pekerja hingga menyebabka­n kematian.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan pada 20 hingga 21 November sebagai tarikh perbicaraa­n selepas wakil syarikat dari Jepun, Hideki Suchiya mengaku tidak bersalah.

Syarikat berkenaan sebagai majikan didakwa melakukan kesalahan itu sehingga menyebabka­n kematian Hermansyah­danMohamma­d Azlan, 24, semasa kerja-kerja pemasangan Inlet Flange pada Medium Pressure Decomposer V-34-01.

Kesalahan dilakukan pada 16 Ogos tahun lalu jam 9.30 pagi, di kawasan tapak projek Provision Of Basic and Detailed Engineerin­g, Procuremen­t Constructi­on and Commission­ing (BEPCC), Sabah Ammonia Urea (Samur) Project, Sipitang Oil & Gas Industrial Park, Mengalong, Sipitang.

Atas dua kesalahan itu, syarikat berkenaan didakwa mengikut Seksyen 17 (1) Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja 1994 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 19 akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda tidak melebihi RM50,000 atau dikenakanp­enjaramaks­imum dua tahun, atau dengan kedua-duanya sekali.

Peguam P.J Perira bertindak untuk syarikat terbabit.

 ??  ?? HIDEKI keluar dari kamar mahkamah.
HIDEKI keluar dari kamar mahkamah.
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia