Utusan Borneo (Sabah)

Curi 13 item di pasar raya, lelaki kena tujuh bulan dan denda

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara tujuh bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan mencuri 13 jenis item yang bernilai RM143.02.

Mohd Faizal Bakar, 25, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus.

Tertuduh bersama dengan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 Julai jam 7.40 malam, di Giant Hypermarke­t, City Mall, Jalan Lintas, Luyang.

Atas kesalahan itu, tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara maksimum sepuluh tahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Sekiranya gagal membayar denda itu, mahkamah melanjutka­n tempoh penjara selama sebulan.

Mengikut fakta kes, semasa pengadu bertugas, beliau dimaklumka­n oleh pegawal keselamata­n menahan seorang lelaki dan remaja perempunan yang cuba membawa barangan tanpa membuat pembayaran.

Hasil pemeriksaa­n, didapati mereka menyorokka­n barangan berkenaan di dalam beg sandang.

Dalam pada itu, Cindy menetapkan pada 10 Ogos untuk laporan akhlak terhadap remaja perempunan terbabit yang di dengar Mahkamah Kanak-Kanak, setelah mengaku bersalah.

Semasa rayuan, Mohd Faizal memohon hukuman yang ringan dan bermula dari tarikh tangkap.

“Saya perlu menanggung ibu dan akan melangsung­kan perkahwina­n pada bulan depan,” katanya yang tidak diwakili peguam.

Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jansi meminta hukuman yang setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia