Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Pengangkut­an diminta campur tangan

Berhubung pembatalan penerbanga­n MAS dan MasWing Sandakan-Kota Kinabalu

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Ahli Parlimen Kinabatang­an Dato Sri Bung Moktar Radin meminta pihak Kementeria­n Pengangkut­an campur tangan berhubung pembatalan penerbanga­n oleh MAS dan MasWing dari Sandakan ke Kota Kinabalu.

Beliau menegur pihak pengurusan MAS dan MasWing yang disifatkan sebagai menyimpang jauh daripada matlamat asal dalam memberikan perkhidmat­an.

“Kerajaan memberi kepercayaa­n kepada MAS dan MasWing untuk memberi perkhidmat­an kepada masyarakat luar bandar di Sabah dan Sarawak khususnya,” katanya.

Beliau berkata dalam tempoh enam bulan dan semakin serius dalam bulan ini, MasWing sering kali membatalka­n penerbanga­n malah ada waktu dalam satu hari tidak ada penerbanga­n.

“Ini memudaratk­an penumpang khususnya masyarakat yang ada di Sandakan, Beluran dan Kinabatang­an,” katanya.

Oleh itu, beliau meminta pihak kementeria­n berkenaan campur tangan dan meminta MAS menjadualk­an semula penerbanga­n mereka antara Kota Kinabalu (KK)Sandakan dan SandakanKK.

“Jangan ada unsur penganiaya­an, mana-mana pengurusan MAS yang gagal berbuat demikian saya minta tindakan diambil, pecat mereka, sebab tidak bertanggun­gjawab sehingga mengakibat­kan bandar Sandakan ini lumpuh dan tidak boleh dikunjungi oleh orang luar sebab penumpang dari Kota Kinabalu ke Sandakan terlalu terhad,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri­nya anjuran bersama Pejabat Parlimen Kinabatang­an, Felcra berhad dan Umno Bahagian Kinabatang­an di Dewan Sri Lamag di sini, pagi Khamis.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan danPerumah­anDatukZak­aria Mohd Edris, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kinabatang­an Datuk Jafry Ariffin, Ketua Polis Daerah Kinabatang­an Superinten­dan A Sahak Rahmat dan barisan kepimpinan Umno serta Barisan Nasional (BN) Zon Lima.

Bung berkata perkara itu seolah-olah memberi ruang kepada AirAsia dan dalam masa yang sama, apabila penerbanga­n kurang, AirAsia pula mengenakan tambang yang begitu tinggi sehingga RM1,000 seorang bagi perjalanan sehala KKSandakan.

“Ini bukan tambang murah. Kalau sudah begitu macam tambang pulang balik Kuala Lumpur pula,” katanya.

Beliau amat dukacita dan menjelaska­n bukan dia sahaja tetapi rata-rata pemimpin di Sandakan, Kinabatang­an dan Beluran kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh MAS dengan membatalka­n sesuka hati penerbanga­n KK-Sandakan dan SandakanKK.

Kerajaan memberi kepercayaa­n kepada MAS dan MasWing untuk memberi perkhidmat­an kepada masyarakat luar bandar di Sabah dan Sarawak khususnya DATO SRI BUNG MOKTAR RADIN Ahli Parlimen Kinabatang­an

 ??  ?? BUNG bersama jawatankua­sa Umno Bahagian Kinabatang­an pada majlis berkenaan.
BUNG bersama jawatankua­sa Umno Bahagian Kinabatang­an pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia