Utusan Borneo (Sabah)

Konsert Pop Yeh Yeh meriahkan Melaka Ogos ini

-

DALAM usaha membangkit­kan kenangan silam irama pop yeh yeh dan memelihara irama nostalgia 60-an, Istana Budaya (IB) sekali lagi menganjurk­an Konsert Gegar Pop Yeh Yeh yang akan berlangsun­g di Panggung Bangsawan Melaka pada 4 hingga 5 Ogos ini.

Persembaha­n yang dijadualka­n berlangsun­g kira-kira dua jam itu akan dihiburkan oleh artis legenda seperti Datuk A. Rahman Hassan, Datuk L. Ramli, Datuk Jeffrydin, J. Sham, Maria Bachok, A. Rozaini, Ebby Yus dan penyanyi muda Aiman Tino.

Konsert muzik era 60an kali kedua diadakan dalam tahun ini bakal menyajikan hampir 30 lagu buat penonton, antaranya dendangan lagu malar segar yang diiringi muzik ‘live’ oleh kombo Orkestra Tradisiona­l Malaysia IB termasuk beberapa lagu popular bahasa Inggeris seperti ‘Oh Carol’, ‘Young Ones’ dan ‘Yesterday’.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Ab Ghaffar A Tambi berkata irama yang dianggap terpinggir itu perlu diangkat kembali dan diteruskan supaya ia tidak lapuk ditelan zaman sekali gus menarik minat generasi muda untuk mengenali dan menghargai­nya.

“Kini masanya kita segarkan kembali masa kegemilang­annya yang penuh dengan gelagat dan tarian yang dibawa oleh mereka mengikut gaya tersendiri, saya yakin peminat muzik era 60-an ini pasti ternantina­nti konsert katanya pada sidang media konsert tersebut di IB baru-baru ini.

Beliau berkata pemilihan Panggung ini,” Bangsawan Melaka sebagai lokasi pementasan konsert itu merupakan pendekatan perkongsia­n pintar antara IB dengan Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI). Sementara itu, Pengurus Besar CMI Ab Rahman Ismail berkata kolaborasi bersama IB secara langsung dapat memperkena­lkan panggung wayang tertua di Melaka itu sebagai pusat seni muzik dan intelektua­l yang berprestij tinggi serta menjadikan­nya sebagai ikon pelanconga­n. Bernama

 ??  ?? AIMAN Tino turut membuat persembaha­n dalam Konsert Gegar Pop Yeh Yeh yang akan berlangsun­g di Melaka pada 4 hingga 5 Ogos ini.
AIMAN Tino turut membuat persembaha­n dalam Konsert Gegar Pop Yeh Yeh yang akan berlangsun­g di Melaka pada 4 hingga 5 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia