Utusan Borneo (Sabah)

Bicarawara ‘Seruan Haji’ hingga 24 Julai di TV1

-

BENARLAH orang kata, walaupun kita mempunyai berjuta wang ringgit, tubuh yang kuat dan sihat, jika tidak diizinkan oleh Allah, tidak akan sampai juga ke tanah suci. Tetapi, jika nama kita telah terpilih sebagai tetamunya, walaupun satu sen pun tiada, pasti tiada siapa yang dapat menghalang.

Kekurangan keupayaan diri bukan menjadi penghalang untuk menyempurn­akan ibadah Haji, rukun Islam kelima. Apatahlagi bagi golongan yang sihat tubuh badan dan berkemampu­an. Terpilih sebagai tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji, pastinya ia merupakan peluang terbaik untuk melaksanak­an ibadah itu sebaik mungkin.

Tahun ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program bicarawara bertajuk ‘Seruan Haji’ yang membincang­kan hal-hal yang berkaitan dengan urusan ibadah Haji.

Mengandung­i tiga segmen utama iaitu pra haji, bimbingan dan tip kepada bakal jemaah dan pengalaman haji, program terbitan JAKIM ini pastinya dinanti-nantikan penonton setia RTM setiap kali tibanya musim haji.

Menampilka­n pengacara Ustaz Nabil Ahmad dan Ustaz Nazrul Izwan Zolkiflee, 14 episod program ini disiarkan berturut-turut mulai 11 hingga 24 Julai ini, jam 6.30 petang menerusi saluran TV1.

Menariknya ia akan menyelami kisah masyarakat bagaimana kesusahan serta kesungguha­n mereka untuk menunaikan ibadah haji. Turut dikongsika­n juga pengalaman jemaah haji yang terdahulu ketika berada di tanah suci.

 ?? — Gambar Bernama ?? KONSERT POP YEH YEH: Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Ab Ghaffar A Tambi (belakang enam, kiri) bergambar kenangan bersama barisan artis selepas sidang media ‘Konsert Gegar Pop Yeh Yeh’ di Istana Budaya baru-baru ini.
— Gambar Bernama KONSERT POP YEH YEH: Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Ab Ghaffar A Tambi (belakang enam, kiri) bergambar kenangan bersama barisan artis selepas sidang media ‘Konsert Gegar Pop Yeh Yeh’ di Istana Budaya baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia