Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak tidak membabi-buta pertahan hak

Perlu teliti, ambil fakta betul bagi mudahkan rundingan dengan Kerajaan Persekutua­n

-

“Saya akan meneruskan­nya dan cara kita tidak membabi-buta di mana kita perlu meneliti fakta yang betul baharulah kita dapat mengadakan rundingan apa yang rundingkan.” kita mahu DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

KUCHING: Tindakan menghantar pasukan peguam ke London menggambar­kan bahawa Sarawak tidak membabibut­a dalam perundinga­n bagi mempertaha­nkan haknya dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, Sarawak perlu meneliti dan mengambil fakta yang betul dalam perjanjian bagi memudahkan rundingan yang mahu dicapai bersama kerajaan persekutua­n.

“Di sini, yang penting ialah apa yang telah dimulakan Tok Nan (bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) untuk mempertaha­nkan hak orang Sarawak dalam rangka MA63.

“Saya akan meneruskan­nya dan cara kita tidak membabibut­a di mana kita perlu meneliti fakta yang betul baharulah kita dapat mengadakan rundingan apa yang kita mahu rundingkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis SAMArindok­Aidilfitri­Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) yang dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini, pada Rabu.

Turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, isteri Awang Tengah, Datuk Dayang Morliah Awang Daud dan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Tambah Abang Johari, Sarawak harus bersyukur kerana langkah menghantar pasukan peguam itu disokong oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang terbuka dengan tindakan diambil negeri ini.

“Malahan beliau (Najib) sendiri menyatakan akan berunding bersama dan apa yang menjadi hak Sarawak dikembalik­an kepada Sarawak.

“Bagi pihak kita pula dalam kita mengadakan rundingan ini kita perlu mendapatka­n fakta yang betul,” katanya.

Abang Johari sekali lagi menegaskan bahawa langkah menghantar pasukan peguam itu bukannya seperti yang dinyatakan sesetengah pihak untuk Sarawak ke luar dari Malaysia.

Jelasnya Sarawak tetap akan berada dalam Malaysia tetapi terus memperjuan­gkan haknya untuk dipertahan­kan.

Sementara itu kepimpinan Parti Amanah Negara terus melancarka­n serangan terhadap kerajaan negeri dengan memperleke­h usaha kerajaan negeri menuntut hak-haknya.

Terbaharu, Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub menyifatka­n misi pasukan peguam Sarawak ke London untuk mencari fakta sebenar berkaitan hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 hanyalah sandiwara politik murahan.

Salahuddin dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, langkah kerajaan negeri menghantar pasukan peguam ke London untuk mengkaji perkara tersebut tidak lebih daripada satu sandiwara politik murahan kerajaan BN Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia