Utusan Borneo (Sabah)

Platform digital KL2017 untuk maklumat, perkembang­an terkini Sukan SEA

-

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC) hari ini melancarka­n platform digital Kuala Lumpur 2017 untuk memudahkan peminat sukan tempatan dan luar negara mendapat maklumat dan perkembang­an terkini Sukan SEA Kuala Lumpur dan Para ASEAN (KL2017).

Platform digital itu merangkumi aplikasi pada telefon pintar bagi tetapan iOS dan Android, menonton perlawanan secara langsung dan keputusan harian di saluran rasmi YouTube selain laman rasmi Facebook, Twitter dan Instagram.

“Platform tersebut membolehka­n orang awam mengikuti perkembang­an KL2017 hanya di hujung jari. Mereka boleh mengetahui jadual perlawanan, keputusan dan pungutan pingat juga akan dikemas kini secara langsung.

“Penggemar sukan juga boleh mengetahui jadual pertanding­an melalui aplikasi tersebut dan ia bermanfaat buat semua peminat sukan dan rakyat serantau bagi memudahkan mereka merancang perjalanan,” kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada majlis pelancaran­nya, pada Khamis.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif MASOC Datuk Seri Zolkples Embong, Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dan Chef de Mission (CDM) Datuk Marina Chin.

Dalam pada itu, Khairy turut melancarka­n iklan rasmi KL2017 yang bertemakan ‘Bersama, Kita Lahirkan Juara’ yang membawa mesej semangat kesukanan, perpaduan, kebersamaa­n dan perjuangan yang tinggi.

“Harapan saya agar iklan rasmi KL2017 itu akan menjadi inspirasi serta pembakar semangat kepada orang ramai, khususnya rakyat Malaysia dan para atlet muda untuk terus berjuang tanpa mengenal jemu sebelum meraih sebuah kejayaan,” katanya.

Temasya sukan dwitahunan itu dijadualka­n berlangsun­g pada 19 hingga 30 Ogos ini dan Sukan Para ASEAN pula dijadualka­n pada 17 hingga 23 Sept.

Malaysia selaku tuan rumah kali ini telah menyasarka­n untuk menjadi juara keseluruha­n Sukan SEA yang mana kali terakhir Malaysia menjadi juara juga di bumi sendiri pada 2001 yang menyaksika­n Kuala Lumpur menjadi destinasi penganjura­n Sukan itu. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? KHAIRY (tengah) bersama atlet wushu pada Majlis Pelancaran Platform Digital Kuala Lumpur 2017 di Kompleks Sukan Bukit Jalil pada Khamis. Kelihatan (dari kiri) Gjeblehim Bong Teck Fuu, Diana Bong Siong Lin, Aggie Cheah Ruey Shin dan Khaw Jun Lim.
- Gambar BERNAMA KHAIRY (tengah) bersama atlet wushu pada Majlis Pelancaran Platform Digital Kuala Lumpur 2017 di Kompleks Sukan Bukit Jalil pada Khamis. Kelihatan (dari kiri) Gjeblehim Bong Teck Fuu, Diana Bong Siong Lin, Aggie Cheah Ruey Shin dan Khaw Jun Lim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia