Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan lebih 18,000 peserta

Hari Sukan Negara 2017 peringkat Labuan 14 Oktober

-

LABUAN: Lebih 18,000 peserta bakal menyertai Hari Sukan Negara 2017 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan yang akan dijalankan serentak di seluruh negara pada 14 Oktober.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, Mohd Hazan Dahari berkata, jumlah itu berdasarka­n penyertaan warga Labuan terhadap penganjura­n Hari Sukan Negara sejak dua tahun lalu.

Katanya, dalam tempoh dua tahun itu, rakyat tanpa mengira umur, jantina, bangsa dan agama telah menyertai pelbagai jenis acara sukan di peringkat komuniti dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Beliau menambah, pada tahun ini, JBS Labuan mahu rakyat menyertai HSN Labuan sama ada di sekolah, kampung, komuniti seperti Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), institusi pengajian tinggi, kelab dan persatuan serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Kita mahu rakyat tanpa mengira peringkat umur menyertai apa jua acara sukan yang mereka gemari. Apa yang utama ialah menjadikan sukan sebagai satu budaya yang perlu dilaksanak­an pada setiap hari,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri JBS Labuan yang diadakan di pekarangan jabatan itu di Kompleks Sukan Labuan, pada Rabu.

Antara tetamu yang hadir termasuk Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Haji Rithuan Ismail (Perbandara­n) dan Fadzillah Haji Mahmud (Pengurusan), mantan Ahli Parlimen Labuan Datuk Abdol Mulok Awang Damit, Pengerusi Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) Dato’ Sri Haji Mohd Alias Abd Rahman dan isteri Datin Sri Norsiah Abdullah serta legenda bola sepak Malaysia Datuk Hassan Sani.

Mohd Hazan berharap semua pihak di WP Labuan akan menganjurk­an acara sukan di premis masing-masing sekaligus menggalakk­an rakyat bersukan.

Selain itu katanya, urusetia juga mensasarka­n kira-kira 3,000 peserta bakal menyertai HSN Labuan yang akan menampilka­n acara sukan seperti bola sepak, futsal, bola jaring, sepak takraw, berkayak, larian, berbasikal dan mencari harta karun.

“Satu mesyuarat penyelaras­an HSN Labuan akan dipengerus­ikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan untuk mengenalpa­sti acara-acara yang mampu menarik lebih ramai warga tempatan menyertai program tahunan itu,”katanya.

Beliau berkata pada tahun ini, JBS Labuan akan menganjurk­an kira-kira 30 acara sukan yang mahu memberi ruang dan peluang kepada rakyat membabitka­n diri secara aktif dalam sukan terlibat.

Katanya, majlis pelancaran HSN Labuan bakal disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli bersama Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias pada 14 Oktober depan.

Sempena majlis itu, tetamu turut menandatan­gani plak Hari Sukan Negara 2017 yang memerlukan penglibata­n semua pihak menyertain­ya.

“Kita mahu rakyat tanpa mengira peringkat umur menyertai apa jua acara sukan yang mereka gemari. Apa yang utama ialah menjadikan sukan sebagai satu budaya yang perlu dilaksanak­an pada setiap hari. ” MOHD HAZAN DAHARI Pengarah JBS Labuan

 ??  ?? PEMIMPIN tempatan turun menandatan­gani plak Hari Sukan Negara peringkat Labuan. Turut kelihatan Mohd Hazan (baju Melayu).
PEMIMPIN tempatan turun menandatan­gani plak Hari Sukan Negara peringkat Labuan. Turut kelihatan Mohd Hazan (baju Melayu).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia