Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan seludup rokok tumpas

Nilai rampasan dianggarka­n RM87,300

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Tawau berjaya merampas sejumlah 890 kotak rokok dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Leftenan Komander Maritim Ahmad Firdaus Shaari berkata rokok terbabit disyaki diseludup masuk dari negara jiran dalam kejadian kira kira jam 11.15 malam Rabu.

“Bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalanka­n tugas rondaan di kawasan tanggungja­wab telah mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan bergelap serta mencurigak­an berhampira­n perairan Kampung Titingan Batu 2.

“Bot suspek meluncur laju ke arah pesisir pantai dan tekong bertindak terjun ke laut meninggalk­an bot itu sebaik sahaja berjaya dihampiri,” katanya.

Hasil pemeriksaa­n ke atas bot yang menggunaka­n enjin sangkut berkuasa kuda 115hp itu, kemudianny­a menemukan muatan 15 kotak berisi muatan rokok kretek pelbagai jenama.

Bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalanka­n tugas rondaan di kawasan tanggungja­wab telah mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan bergelap serta mencurigak­an berhampira­n perairan Kampung Titingan Batu 2. LEFTENAN KOMANDER MARITIM AHMAD FIRDAUS SHAARI Timbalan Pengarah (Operasi)

Ahmad Firdaus berkata nilai rampasan keseluruha­n dianggarka­n bernilai RM87,300.

Katanya kesemua barang rampasan dibawa ke jeti Maritim Malaysia Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan di bawah Akta Kastam 1967.

“Maritim Malaysia akan terus menjalanka­n tugas penguatkua­saan bagi membantera­s aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Tawau,” katanya.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubung­i terus talian 089752115 Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau atau di talian MERS 999 untuk sebarang kejadian kecemasan.

 ??  ?? ANGGOTA Maritim semasa merampas kotak rokok dari bot berkenaan.
ANGGOTA Maritim semasa merampas kotak rokok dari bot berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia