Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 4,000 hadiri majlis rumah terbuka Arifin di Membakut

Lebih 4,000 hadiri majlis rumah terbuka Arifin di Membakut

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KIRA-kira 4,000 menghadiri majlis rumah terbuka Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd. Arif sempena Hari Raya Aidilfitri, di kediamanny­a di Kampung Pimping, Membakut pada Ahad.

Majlis bermula seawal jam 10 pagi itu turut dimeriahka­n dengan persembaha­n hiburan irama Malaysia, lagu raya dan persembaha­n muzik tradisi serta usikan celoteh penyampai-penyampai Brunai FM yang turut membuka kontinya di sana.

Pengunjung disajikan dengan pelbagai jenis juadah tempatan yang enak termasuk kuih-muih, roti canai, soto, laksa, kalupis dan menu kegemaran ramai iaitu saty dan kambing pangang.

Antara yang turut hadir di majlis itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Haji Ghulam Haidarkhan Bahadar, Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Nilwan Kabang, Pembantu Menteri Kewangan Datuk Haji Ramlee Marhaban, Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai, Pengarah Jasa Sabah Haji Manap Lakariba, Pengarah Yadim Sabah Haji Samin Ongki, para pemimpin setempat, barisan Pemuda, Puteri dan Wanita Umno Membakut.

Dalam pada itu, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut menghargai kehadiran pelbagai masyarakat di majlis rumah terbuka yang diadakan di kampung halaman beliau.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana sekali lagi dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan keluarga serta bersama rakyat di kawasan beliau.

“Kehadiran orang ramai di majlis rumah terbuka tahun ini amat luar biasa. Terima kasih kepada semua sahabat kerana sudi bertandang ke majlis ini. Semoga ikatan kita terus utuh,” katanya.

Justeru, Arifin menggesa rakyat terutama di kawasan Membakut untuk terus memelihara perpaduan yang sekian lama terjalin ini demi menjamin keharmonia­n negeri.

Beliau mahu masyarakat mengambil pendekatan melalui budaya kunjung mengunjung atau `Bedudun’ dalam istilah tempatan, untuk terus mengeratka­n silaturahi­m antara rakyat berbilang kepercayaa­n dan bangsa.

 ??  ?? MUSA diiringgi Arifin bertegur sapa bersama pengunjung setibanya ke majlis itu.
MUSA diiringgi Arifin bertegur sapa bersama pengunjung setibanya ke majlis itu.
 ??  ?? GHULAM (dua kanan) antara yang hadir.
GHULAM (dua kanan) antara yang hadir.
 ??  ?? MOHD Haris (berdiri tengah) bergambar bersama tetamu kenamaan antaranya (dari kiri) Haji Manap, Haji Samin Ongki dan Datuk Yeo Boon Hai.
MOHD Haris (berdiri tengah) bergambar bersama tetamu kenamaan antaranya (dari kiri) Haji Manap, Haji Samin Ongki dan Datuk Yeo Boon Hai.
 ??  ?? PENGUNJUNG berbaris untuk mendapatka­n kambing pangang.
PENGUNJUNG berbaris untuk mendapatka­n kambing pangang.
 ??  ??
 ??  ?? ARIFIN merakam kenangan bersama pengunjung dari pelbagai lapisan suku dan agama.
ARIFIN merakam kenangan bersama pengunjung dari pelbagai lapisan suku dan agama.
 ??  ?? ARIFIN melayan sebuah keluarga yang ingin merakamkan gembar kenangan bersamanya.
ARIFIN melayan sebuah keluarga yang ingin merakamkan gembar kenangan bersamanya.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N alat muzik tradisi menyerikan majlis.
PERSEMBAHA­N alat muzik tradisi menyerikan majlis.
 ??  ?? ARIFIN merakamkan kenangan bersama tetamu dari pelbagai latar belakang yang hadir.
ARIFIN merakamkan kenangan bersama tetamu dari pelbagai latar belakang yang hadir.
 ??  ?? PARA penyampai BRUNAI FM turut membuka kontinya di rumah terbuka Arifin.
PARA penyampai BRUNAI FM turut membuka kontinya di rumah terbuka Arifin.
 ??  ?? SATAY sajian kegemaran para pengunjung.
SATAY sajian kegemaran para pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia