Utusan Borneo (Sabah)

Jalin silaturahi­m dalam keharmonia­n

Paatu adakan Rumah Terbuka Hari Raya di Tungku

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

S

ELAGI Syawal belum berakhir, masih ada waktu untuk meraikan Aidil Fitri dalam suasana keinsafan dan persaudara­an.

Selepas sebulan berpuasa, ketibaan bulan mulia ini sentiasa ditunggu-tunggu oleh umat Islam dan masyarakat di negeri ini untuk saling kunjung-mengunjung­i, bermaaf-maafan penuh keikhlasan sambil menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Persatuan Anak-Anak Tungku (Paatu) tidak ketinggala­n untuk mengambil peluang mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri untuk ahli-ahlinya, rakan taulan, sahabat handai dan masyarakat di sekitar daerah kecil itu.

Program Rumah Terbuka Aidil Fitri iru diadakan di Sekolah Agama Rakyat Tungku pada 11 Julai bermula jam 10.00 pago hingga 1.00 petang.

Kira-kira 600 orang menghadiri rumah terbuka yang diadakan buat kali keempat. Program tahunan setiap kali hari raya itu diadakan pernah diadakan di Kampung Telisai, Tanjung Labian dan Silabukan.

Kali ini, Kampung Dengan menjadi tuan rumah. Yang Dipertua Paatu, Datuk Mohd Basri Abd Gafar dalam ucapannya mengu- capkan selamat hari raya dan terima kasih kepada semua yang sudi hadir dalam majlis rumah terbuka itu.

Beliau juga menekakan betapa pentingnya ikatan tali silaturrah­im di kalangan warga Tungku dapat diperkukuh­kan dengan lebih erat lagi.

Mohd Basri juga menggesa agar semua pihak dapat menggalas kerjasama demi kemajuan Tungku dalam bidang-bidang lain seperti ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Beliau yang juga Presiden Persekutua­n PengilangP­engilang Sabah (FSI) juga menyentuh Keadaan keselamata­n yang baik dan amat terkawal membolehka­n masyarakat mengadakan majlis dalam keadaan aman damai.

Sehubungan itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada pihak berkuasa khususnya Esscom kerana sentiasa memastikan kawasan pantai timur dalam keadaan selamat.

Selain itu, beliau juga mengajak belia belia Tungku untuk berfikiran positif dan bergiat aktif dalam sukan dan aktibvti kemasyarak­atan agar tidak terjebak dalam aktiviti yang memudaratk­an seperti dadah dan sebagainya

Antara yang hadir ialah Pemaju Mukim Tungku, Haji Kayum Haji Omar, Pengetua Sekolah Agama Rakyat Mundas Tungku, Ustaz Fathoni Fajiri,

Naib Pengerusi 1 Paatu, Mohd Amirol Haji Hamid,Naib Pengerusi II ,Haji Roslan Amit, Naib Pengerusi III, Mohd Hajal Haji And Gafar,Pegawai Perhubunga­n Paatu, Nasip Assinto merangkap pengerusi penganjur, Imam Jaafar, Imam Sanusi dan kenamaan lain.

 ??  ?? MOHD Basri (tiga dari kiri) bersama pemimpin Paatu.
MOHD Basri (tiga dari kiri) bersama pemimpin Paatu.
 ??  ?? ANTARA warga Tungku yang hadir dalam majlis Rumah Terbuka itu.
ANTARA warga Tungku yang hadir dalam majlis Rumah Terbuka itu.
 ??  ?? SUASANNA Rumah Terbuka Hari Raya Paatu.
SUASANNA Rumah Terbuka Hari Raya Paatu.
 ??  ?? HADIRIN pada majlis Rumah Hari Raya Terbuka Paatu.
HADIRIN pada majlis Rumah Hari Raya Terbuka Paatu.
 ??  ?? KANAK-kanak turut memeriahka­n majlis.
KANAK-kanak turut memeriahka­n majlis.
 ??  ?? DATUK Mohd Basri Abd Gafar sedang berucap.
DATUK Mohd Basri Abd Gafar sedang berucap.
 ??  ?? SEBAHAGIAN lagi hadirin yang hadir dalam majlis itu.
SEBAHAGIAN lagi hadirin yang hadir dalam majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia