Utusan Borneo (Sabah)

TIADA ALASAN TIDAK TUNTUT

Terdapat 231 pejabat JPN di seluruh negara

-

JITRA: Tiada alasan untuk orang ramai tidak menuntut kad pengenalan yang sudah siap dikeluarka­n memandangk­an terdapat 231 pejabat Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) di seluruh negara ketika ini, kata Ketua Pengarah JPN Datuk Mohd Yazid Ramli.

Malah kata beliau, jumlah itu juga dijangka akan bertambah dengan pembinaan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) dan Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) yang baharu berikutan jabatan itu merupakan satu daripada agensi yang diwajibkan untuk berada di setiap pusat transforma­si.

“Sekiranya mereka uzur atau tidak mampu untuk mengutip kad pengenalan di pejabat JPN daerah, kami ada menyediaka­n perkhidmat­an bergerak sama ada ke rumah atau ke hospital, hanya perlu maklumkan kepada JPN.

“Malah kalau tidak sempat berurusan pada waktu siang, pejabat JPN di UTC ada beroperasi sehingga pukul 10 malam,” katanya selepas melancarka­n Hab Percetakan Teragih (DPP) MyKad negeri Kedah di sini pada Ahad.

Sebanyak 159,000 kad pengenalan direkodkan oleh JPN masih belum dituntut oleh pemiliknya hingga ada yang melebihi tempoh dua tahun.

Sehubungan itu, JPN sebelum ini bercadang untuk memendekka­n tempoh sah laku resit kad pengenalan sementara sebagai satu daripada inisiatif untuk mengurangk­an kes Mykad yang tidak dituntut selain bercadang menaikkan kadar fi kepada mereka yang gagal menuntut dalam tempoh yang diberikan.

Projek Hab DPP membolehka­n tempoh serahan MyKad bagi pejabat Sub Hab dapat dipendekka­n dari 10 hari bekerja kepada lima hari untuk Semenanjun­g Malaysia serta dari 30 hari kepada tujuh hari bekerja bagi Sabah dan Sarawak.

Sebanyak 36 daripada 55 pejabat DPP di seluruh negara telah dijadikan hab DPP yang akan mencetak permohonan MyKad dari 157 pejabat JPN berdekatan (Sub Hab), sekali gus menjimatka­n tempoh siap pengeluara­n MyKad antara 50 hingga 77 peratus. Bernama

Sekiranya mereka uzur atau tidak mampu untuk mengutip kad pengenalan di pejabat JPN daerah, kami ada menyediaka­n perkhidmat­an bergerak sama ada ke rumah atau ke hospital, hanya perlu maklumkan kepada JPN. DATUK MOHD YAZID RAMLI Ketua Pengarah JPN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia