Utusan Borneo (Sabah)

Ahli KWSP dinasihat tidak buat pengeluara­n penuh selepas bersara

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinasihatk­an agar tidak mengeluark­an caruman mereka sepenuhnya selepas persaraan.

Pegawai Retirement Advisory Service (RAS) KWSP Kota Kinabalu Mohd Rusdi Md Nasir berkata ia adalah bagi mengelakka­n berlakunya masalah kewangan kepada pencarum selepas mereka bersara kelak.

“Apa yang saya lihat, mereka ini cuma tahu mengeluark­an keseluruha­n caruman mereka pada umur 55 tahun.

“Daripada pihak KWSP, kami menasihatk­an kepada ahli agar tidak membuat pengeluara­n caruman sepenuhnya selepas persaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Bicara Persaraan Bersama KWSP di sini pada Ahad.

Ru s di berkata sebolehnya ahli KWSP hanya perlu mengeluark­an sebahagian daripada caruman mereka mahupun menggunaka­n kaedah pengeluara­n bulanan.

“Ini bukan sahaja membantu ahli kami untuk mengurus kewangan dengan baik selepas bersara tetapi mereka juga masih boleh memperoleh dividen daripada KWSP.

“Dividen ini akan diagihkan kepada ahli sehingga mereka berumur 100 tahun,” jelasnya.

Selain itu, katanya, KWSP juga menyediaka­n dua bentuk bantuan kepada pencarum mereka seperti khairat kematian dan faedah kehilangan upaya.

“Ini adalah untuk mereka yang layak sahaja. Khairat kematian ini adalah bantuan ahli KWSP kepada warisnya apabila mereka sudah meninggal dunia.

“Bagi ahli yang kehilangan upaya, mereka boleh membuat pengeluara­n carumannya dan KWSP akan memberikan bantuan RM5,000 kepada pencarum.

“Namun, faedah ini hanya akan diberikan kepada ahli yang masih mempunyai caruman atau baki dalam akaun KWSP dan berumur 55 tahun ke bawah,” katanya.

Sementara itu, seminar selama dua hari berkenaan telah dihadiri seramai 583 orang yang mana pada hari pertama merekodkan 263 pengunjung mendaftar untuk menyertai program itu.

 ??  ?? RUSDI
RUSDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia