Utusan Borneo (Sabah)

Pertimbang jawatan menteri penuh Persekutua­n untuk wanita Sabah

Untuk calon wanita Sabah di peringkat Persekutua­n

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan diminta mempertimb­angkan cadangan Wanita Umno Kota Marudu yang mahu jawatan menteri penuh peringkat Persekutua­n diberikan kepada calon wanita Sabah seterusnya menambah dua calon wanita bagi Kabinet negeri.

Naib Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor berkata perkara yang diusulkan oleh pergerakan bahagian itu amat bersesuaia­n berdasarka­n prestasi cemerlang Umno dan Barisan Nasional (BN) di Sabah dalam membantu kemenangan parti.

Menurutnya, Wanita BN di negeri ini juga mempunyai aura, keistimewa­an dan kredibilit­i sebagai pemimpin sekali gus mampu mengemudi sesebuah kementeria­n selaku menteri penuh.

“Setakat ini, hanya seorang sahaja wakil Wanita BN dilantik sebagai menteri penuh di Kabinet Negeri dan hanya jawatan timbalan menteri di peringkat Persekutua­n.

“Jadi, sudah tiba masanya kepimpinan tertinggi memberi peluang kepada calon Wanita Sabah untuk menjawat menteri penuh dalam pembentuka­n Kabinet baharu akan datang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka aidilfitri beliau di Taman Luyang Perdana pada Ahad.

Baru-baru ini, Ketua Wanita Umno Kota Marudu Datuk Redonah Bahanda mengemukak­an usul cadangan berkenaan semasa Persidanga­n Wanita Umno Kota Marudu yang dihadiri 1,137 perwakilan wanita dari 227 cawangan.

Redonah turut mencadangk­an calon wanita Umno dan BN lama terus dikekalkan dan menambah calon baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14).

Jelasnya, ia bagi mengimbang­i jasa dan perjuangan golongan wanita selain membolehka­n mereka lebih aktif membangkit­kan isu berkaitan kebajikan dan kepentinga­n wanita sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri mahupun Dewan Rakyat.

Terdahulu, seramai lima kanak-kanak kelainan upaya (OKU) dari Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya Sembulan diraikan pada majlis berkenaan.

Fatimah yang juga pengerusi Biro Usahawan dan Ekonomi Umno Kota Kinabalu turut menyampaik­an sumbangan duit raya beserta hamper kepada kanak-kanak istimewa itu.

Beliau berkata kerajaan sentiasa komited mahu memastikan kanak-kanak OKU mendapat kesaksamaa­n hak dan peluang seperti masyarakat lain dalam semua aspek kehidupan.

Justeru katanya, individu atau badan bukan kerajaan (NGO) diminta menyalurka­n sumbangan kepada golongan istimewa itu demi menyerlahk­an potensi diri mereka yang sedia ada agar mampu berdikari pada masa hadapan.

 ??  ?? FATIMAH (kiri) menyampaik­an hamper dan duit raya kepada salah seorang kanak-kanak OKU.
FATIMAH (kiri) menyampaik­an hamper dan duit raya kepada salah seorang kanak-kanak OKU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia