Utusan Borneo (Sabah)

Polis rampas 3.8kg syabu, tahan ahli perniagaan dan penganggur

Tiga ahli perniagaan, seorang penganggur ditahan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Empat suspek pembekal dan pengedar syabu termasuk tiga ahli perniagaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan jaringan sindiket dadah antarabang­sa ditangkap di sini, kira-kira jam 10.30 malam Sabtu.

Penangkapa­n itu dilakukan berikutan penemuan bahan hablur jernih, disyaki dadah jenis syabu yang disembunyi­kan di dalam empat bungkusan plastik teh jenama Guanyinwan­g.

Dalam Ops Bayu itu, polis merampas kira-kira 3.8kg syabu dari sebuah hotel terkemuka serta menyita tiga kenderaan dan 11 telefon bimbit daripada kesemua suspek.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata keempat-empat suspek terbabit berumur 31-61 tahun, seorang beralamat di Tawau dan tiga lagi di Penampang.

Semakan Rekod Kesalahan Lampau mendapati suspek utama dari Tawau yang disyaki ‘orang tengah’ dalam kes itu, mempunyai kesalahan jenayah komersil dadah pada 2016.

“Keputusan ujian awal saringan air kencing yang dijalankan bagaimanap­un mendapati kesemua suspek terbabit negatif dadah,” katanya pada sidang media di sini pada Ahad.

Fadil berkata salah seorang ahli perniagaan terlibat juga disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucutha­k Harta) 1998 - seluruh harta benda disita untuk siasatan polis.

Katanya siasatan turut mengambil-kira segenap sudut kes itu yang dipercayai digerakkan oleh sebuah kumpulan pembekal dan pengedar dadah terancang.

“Kita tidak menolak kemungkina­n jika dadah berkenaan hendak dipasarkan ke negara jiran berdasarka­n kuantiti syabu yang ditemui, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Strike Team IPD Tawau itu diketuai ASP Ederian Masaat bersama dua pegawai dan 11 anggota polis,” katanya di sini pada Ahad.

Serentak itu juga, polis melancarka­n gerakan menjejak saki-baki ahli kumpulan itu di negeri ini termasuk mengesan sekiranya jaringan sindiket terbabit turut beroperasi di luar negara.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Ahad mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan polis yang dibuka menerusi Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? FADIL menunjukka­n hasil rampasan dalam Ops Bayu di sebuah hotel terkenal di Tawau.
FADIL menunjukka­n hasil rampasan dalam Ops Bayu di sebuah hotel terkenal di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia