Utusan Borneo (Sabah)

PIBG SK Rosok beri kerjasama kepada sekolah

-

KOTA BELUD: PIBG SK Rosok akan sentiasa memberi kerjasama yang utuh kepada pihak sekolah demi memastikan kecemerlan­gan dan keutuhan nilai kebersamaa­n dalam mencapai kejayaan para pelajar terutamany­a kepada calon UPSR 2017 sekolah itu dapat direalisas­ikan.

Timbalan Pengerusi PIBG SK Rosok Yanam Mulok menjelaska­n kerjasama itu adalah selaras dengan anjakan yang terkandung dalam Dasar Pendidikan Negara 2013-2025 iaitu kerjasama lebih erat antara ibu bapa, komuniti, NGO dan sektor swasta secara meluas.

Beliau menyeru agar pelajar lebih memberi tumpuan di dalam kelas, memberi kerjasama kepada guru dan sentiasa melakukan ulangkaji memandangk­an peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bakal berlangsun­g tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Program Kecemerlan­gan Sekolah dan Program IBKS anjuran bersama PIBG SK Rosok, Jabatan Kesihatan dan IPD Kota Belud, di Dewan Terbuka SK Ulu Kukut, pada Ahad.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamata­n Komuniti Daerah IPD Kota Belud Insp Abd Hamid Hamdan dan Guru Besar SK Rosok Mohd Taufik Abdullah.

Dalam pada itu, Yanam berkata program yang dilaksanak­an selama seminggu dan melibatkan banyak pihak itu diisikan dengan pelbagai aktiviti seperti gotong royong bebas denggi, ceramah teknik menjawab UPSR, pameran kesihatan dan pameran kerjaya polis.

Melihat maklum balas serta sambutan para pelajar dan ibubapa pelajar terhadap program itu, dapatlah disimpulka­n bahawa mereka mahukan SK Rosok untuk terus menerajui kecemerlan­gan dari segi akademik dan sahsiah.

“PIBG bersama sekolah mahu memastikan kesemua pelajar Tahun 6 yang menduduki UPSR 2017 ini memperoleh­i Gred A dalam setiap mata pelajaran, sebab itu kami sentiasa mengadakan program berkaitan kecemerlan­gan sepanjang tahun demi mencapai hasrat itu,” katanya.

 ??  ?? ANTARA wakil agensi yang terlibat dalam Program Kecemerlan­gan IBKS SK Rosok.
ANTARA wakil agensi yang terlibat dalam Program Kecemerlan­gan IBKS SK Rosok.
 ??  ?? YANAM menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada kakitangan Pejabat Kesihatan Kota Belud, Jahim Bunul sambil diperhatik­an oleh Taufik (kiri) dan Abd Hamid.
YANAM menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada kakitangan Pejabat Kesihatan Kota Belud, Jahim Bunul sambil diperhatik­an oleh Taufik (kiri) dan Abd Hamid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia