Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan 26 warga asing mendarat gagal

- ANUAR -Oleh AMIR

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalk­an cubaan 26 warga asing mendarat di Kg Hidayat Batu 4 Jalan Apas di sini, kira-kira jam 7.50 petang, Jumaat.

Kesemua warga asing terbabit ditemui dalam keadaan bersesak-sesak di sebuah bot laju fiber tanpa nombor pendaftara­n yang disyaki bergerak dari arah negara jiran.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata bot laju yang digunakan untuk membawa warga asing itu dilengkapi enjin berkapasit­i 200 kuasa kuda.

“Juragan bot laju, lelaki warga asing, 19, turut ditahan dan hasil pemeriksaa­n mendapati suspek tidak mempunyai sebarang keterangan diri,” katanya di sini pada Ahad.

Katanya kesemua warga asing itu ditahan sepasukan PPM Tawau semasa menjalanka­n pemantauan di pesisiran Laut Batu 4 Jalan Apas menerusi bot Seahawk 2016.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n yang dilakukan pasukannya juga mendapati kesemua penumpang di dalam bot laju berkenaan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Mereka yang ditahan berusia tiga hingga 40 tahun melibatkan lelaki dewasa 11 orang, wanita 10, empat kanak-kanak dan seorang bayi berusia empat bulan serta juragan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Nazri berkata juragan dan kesemua warga asing berkenaan ditangkap kerana disyaki terlibat di dalam aktiviti penyeludup­an migran.

Bot laju dan enjin sangkut yang keseluruha­nnya dianggarka­n bernilai kira-kira RM80,000 dirampas dan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

Penahanan juragan dan kesemua warga asing serta rampasan barang-barang kes dilakukan mengikut Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (Atipsom) 2007/ 2010.

 ??  ?? KESEMUA warga asing ditemui dalam keadaan bersesak-sesak di dalam sebuah bot.
KESEMUA warga asing ditemui dalam keadaan bersesak-sesak di dalam sebuah bot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia