Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif TH wajar dipuji

Bantu jemaah haji tunai Rukun Islam kelima

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kerajaan Negeri memuji komitmen Tabung Haji (TH) membantu jemaah haji termasuk pemberian subsidi yang disifatkan besar manfaatnya kepada golongan berpendapa­tan rendah untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata inisiatif TH menganjurk­an kursus haji juga wajar dipuji kerana perkongsia­n ilmu berkaitan amat penting untuk membantu mendapatka­n haji mabrur.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur dengan kewujudan TH sebagai organisasi Islam yang cemerlang menjaga kebajikan jemaah haji negara setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaika­n Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat, sempena Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri (Zon Pantai Timur) di Masjid Al-Kauthar, di sini pada Ahad.

Musa berkata jemaah haji pada musim kali ini juga perlu bersyukur kerana terpilih berikutan masih ramai yang terpaksa menunggu giliran untuk menunaikan ibadah itu.

Pengarah TH Sabah Datin Nurlaila Said dalam ucapan alu-aluannya berkata kursus itu diadakan secara berperingk­at-peringkat di 17 lokasi seluruh negara bermula 7-16 Julai.

“Seramai 602 jemaah haji menjalani kursus dua hari yang dianjurkan TH ini, melibatkan 330 jemaah dari Tawau, 152 (Sandakan), 67 (Lahad Datu) dan 60 (Semporna),” katanya.

Kursus itu diadakan dengan bimbingan dan tunjuk ajar lebih 120 Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) Negeri/Daerah dan Pembimbing Ibadat Haji (PIHTAS) yang memperoleh pentauliah­an Khas Mengajar Haji dan Umrah daripada TH serta diselia lebih 660 petugas haji yang akan bertugas di Tanah Suci.

Sepanjang kursus berlangsun­g, bakal jemaah diberikan pendedahan melaksanak­an ibadat haji melalui latihan amali secara simulasi seperti bertawaf, saie, melontar jamrah serta amalan dan beribadah secara berkumpula­n.

 ??  ?? HAMISA menyerahka­n sumbangan TH kepada wakil jemaah dari Sandakan, sambil diperhatik­an Nurlaila dan Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Alijus Sipil.
HAMISA menyerahka­n sumbangan TH kepada wakil jemaah dari Sandakan, sambil diperhatik­an Nurlaila dan Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Alijus Sipil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia