Utusan Borneo (Sabah)

Industri pembinaan digalak sertai program penggajian semula pekerja asing

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Industri pembinaan Sabah digalakkan untuk mengikuti program penggajian semula pekerja asing yang akan diadakan oleh kerajaan pada masa hadapan.

Presiden Persatuan Pembina Sabah (SBA) Lou Chi Nam berkata, ketika kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah Musa Sulaiman, beliau (Musa) menjelaska­n pekerja asing yang mengikuti program itu akan dibenarkan untuk menyambung tempoh pasport selama 18 bulan lagi.

“Musa turut menggalakk­an SBA mewujudkan satu pusat sehenti kepada pekerja asing yang sama seperti inisiatif dimulakan oleh Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) yang kini diurus oleh Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“Beliau juga memberi jaminan bahawa pelbagai isu mengenai program penggajian semula itu kini sedang dikemas kini oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Lou berkata, jaminan turut diberikan mengenai pembayaran levi tahunan agar dipendekka­n kepada enam bulan sahaja selepas menyempurn­akan tempoh bekerja selama setahun.

Katanya, Musa turut menasihatk­an agar mempunyai satu dokumen yang lengkap dengan pengesahan bagi memudahkan kontraktor kecil memohon kuota pekerja asing.

“Mesyuarat jawatankua­sa kuota pekerja asing dilaksanak­an setiap minggu di sini dan secara bulanan di Sandakan dan Tawau.

“Kontraktor Sandakan dan Tawau boleh menghantar borang permohonan mereka secara terus ke sini sekiranya mereka ingin mendapat kelulusan dalam kadar segera,” katanya.

Selain itu katanya, E-kad kepada pekerja asing hanya boleh digunakan untuk negeri-negeri di Semenanjun­g Malaysia, manakala penggunaan I-kad di Sabah masih dalam proses penelitian.

Sementara itu, Lou berkata SBA turut mengutarak­an pelbagai isu seperti pekerja asing tanpa izin, program penggajian semula pekerja asing, yuran penggajian yang sangat mahal, serta banyak lagi.

“SBA turut menyeru kepada pihak berkuasa untuk menghormat­i hak asasi pekerja asing yang mempunyai permit atau tidak ketika serbuan dilakukan,” katanya.

Hadir sama dalam kunjungan itu adalah Presiden MBAM Foo Chek Lee, Presiden Sabah Building Contractor­s and Workers Welfare Associatio­n (SBCWWA) Kwong Kwai Kiong, Penasihat SBA Datuk Gerald Goh serta barisan jawatankua­sa SBA dan MBAM yang lain.

 ??  ?? LOU menyerahka­n satu memorandum kepada Musa (lima kanan), turut kelihatan Foo (lima kiri) dan Gerald (empat kiri).
LOU menyerahka­n satu memorandum kepada Musa (lima kanan), turut kelihatan Foo (lima kiri) dan Gerald (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia