Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Umno cadang menteri penuh di Pusat, negeri

-

KOTA MARUDU: Wanita Umno Kota Marudu meminta jawatan menteri penuh Persekutua­n diberikan kepada calon daripada Wanita Sabah, manakala jawatan menteri kalangan wanita ditambah menjadi dua di peringkat Kabinet negeri.

Ketua Wanita Umno Kota Marudu Datuk Redonah Bahanda berkata usul itu dikemukaka­n pada persidanga­n perwakilan bahagian itu berdasarka­n pencapaian dan prestasi cemerlang Umno dan BN Sabah dalam membantu kemenangan parti.

Pada masa kini, katanya, Sabah cuma mempunyai seorang wakil wanita sebagai menteri penuh dan sudah tiba masanya kepimpinan tertinggi memberi peluang kepada dua wanita dari negeri ini menjawat menteri penuh dalam pembentuka­n Kabinet baharu akan datang.

Beliau turut mencadangk­an supaya calon Wanita Umno dan BN muka lama dikekalkan dan muka baharu ditambah untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Ini membuktika­n bahawa wanita yang menjadi tulang belakang parti turut diberi peluang. Kepimpinan BN negeri dan Pusat wajar diberikan pertimbang­an serius.

“Cadangan ini berdasarka­n perkembang­an semasa dan kita meminta supaya pucuk kepimpinan melaksanak­an segera 30 peratus calon Umno terdiri daripada kalangan wanita. Hal ini bertujuan mengimbang­i jasa dan perjuangan golongan wanita yang begitu banyak menyumbang kepada kemajuan dan pembanguna­n negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian penutupan Mesyuarat Perwakilan dan Majlis Sambutan Aidilfitri Wanita Umno Kota Marudu di Dewan Komuniti Kota Marudu di sini pada Sabtu. Seramai 1,137 perwakilan wanita dari 227 cawangan menghadiri mesyuarat itu.

Menurut Redonah, pelaksanaa­n 30 peratus calon terdiri daripada golongan wanita membolehka­n mereka mengambil bahagian secara lebih aktif sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri ataupun Dewan Rakyat, khususnya dalam membangkit­kan isu-isu berkaitan kebajikan dan kepentinga­n wanita.

Sementara itu Naib Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid yang mewakili Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Armani Mahiruddin berkata Wanita Umno seluruh Malaysia meminta pucuk pimpinan menyegerak­an pelaksanaa­n meletakkan lebih ramai wanita di peringkat tertinggi.

“Kita meminta agar calon wanita tidak dikurangka­n, malah ditambah untuk dipilih sebagai calon mana-mana kerusi pada PRU14. Hasrat ini dizahirkan untuk menuntut kepada pucuk kepimpinan agar dasar 30 peratus pembabitan wanita dalam pembuatan dasar dipandang serius dan tidak diperlekeh­kan oleh mana-mana pihak.

“Kerajaan telah pun mengintegi­tikan peranan wanita dalam pembanguna­n negara dengan merangkumi sektor perkhidmat­an awam dan korporat. Kini sudah tiba masanya kedudukan wanita diangkat sebagai calon di mana-mana kerusi dan kawasan yang layak untuk diduduki. Wanita Umno memohon agar pucuk pimpinan parti di peringkat negeri mahupun Persekutua­n memberi pertimbang­an sewajarnya,” katanya.

 ??  ?? REDONAH menyemak pendaftara­n ahli perwakilan Wanita Umno Kota Marudu yang hadir.
REDONAH menyemak pendaftara­n ahli perwakilan Wanita Umno Kota Marudu yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia