Utusan Borneo (Sabah)

Hapuskan sikap negatif terhadap satu sama lain

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Rakyat diminta menghapusk­an sikap negatif terhadap sesama agar boleh mewujudkan satu masyarakat yang bersatu dan bersama-sama bergerak ke hadapan.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris berkata sekiranya komuniti dalam satu perkampung­an dapat mengikis sikap negatif, maka amalan bersatu dapat diwujudkan.

“Kampung Inanam Laut adalah sebuah perkampung­an yang terdiri daripada pelbagai kaum khususnya etnik Dusun dan Bajau serta bangsa lain.

“Dengan kepimpinan baharu Kg Inanam Laut yang ada pada hari ini, pendudukny­a berjaya menunjukka­n semangat bersatu apabila mampu berkumpul dalam satu majlis rumah terbuka,” katanya ketika merasmikan Malam Jalinan Mesra Rakyat Aidilfitri 2017, di sini, malam Sabtu.

Beliau yakin semangat kerjasama erat di antara penduduk kampung tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang telah menyumbang ke arah kesedaran untuk bersatu padu.

Jumat turut menasihatk­an agar masyarakat hari ini hidup dalam zaman teknologi moden namun perlu berhati-hati dengan cabaran baharu itu. “Media baharu seperti Facebook,

WhatsApp dan media sosial lain adalah satu teknologi yang ditakuti pada zaman ini memandangk­an ia boleh disalahgun­akan bagi mempengaru­hi masyarakat untuk tujuan negatif.

“Melalui media sosial juga, bukan sahaja boleh dijadikan medium untuk membunuh tetapi mampu merosakkan tamadun manusia,” katanya.

Menurutnya, pengguna media sosial kena bijak untuk mengetahui sama ada perkara yang disebarkan itu benar atau sebaliknya.

Dalam pada itu, beliau berkata pembanguna­n yang dicapai Malaysia khususnya di Sabah dan kawasan Parlimen Sepanggar hari ini semakin berkembang maju.

“Kita melihat pembanguna­n ini menguntung­kan rakyat, tetapi rakyat di sini perlu bijak mengambil peluang untuk bergerak seiring dengan kemajuan ini.

“Semua pemimpin dan rakyat di sini perlu bersatu, hanya dengan kesatuan sahaja kita mampu bergerak seiring dengan pembanguna­n ini,” katanya.

Jumat turut menegaskan bahawa golongan belia perlu dilengkapi dengan ilmu kemahiran dan pengetahua­n tinggi agar mempunyai daya saing yang tinggi.

Katanya, belia perlu berubah dengan mengambil contoh golongan muda yang sangat berjaya dari luar negara.

“Wujudkan peluang dengan bersatu, jangan sesekali ada sikap negatif terhadap satu sama lain,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kg Inanam Laut Mohd Zain Hj Awang, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Inanam Fredolin Totin serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? JUMAT (tengah) menerima cendera kenangan daripada Zain (kiri).
JUMAT (tengah) menerima cendera kenangan daripada Zain (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia