Utusan Borneo (Sabah)

SK SFX perlukan RM1.6 juta bina bangunan sekolah baharu

- JOHAN AZIZ Oleh

KENINGAU: Insiatif yang diambil untuk bekerjasam­a mengutip sebahagian daripada dana yang diperlukan untuk pembinaanb­angunantam­bahan sekolah oleh Jawatankua­sa Usahadana ex-SFX dengan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK SFX sangat dialu-alukan.

Penasihat Usahadana Mantan Pelajar St Francis Xavier (exSFX) Datuk Ayub Aman berkata sekolah itu perlu satu bangunan tiga tingkat mengandung­i 17 bilik darjah serta sebuah bilik utiliti namun, dana yang diperlukan masih kekurangan RM1.6 juta.

“Saya difahamkan bahawa projek bangunan sekolah ini memang sudah bermula tetapi pembinaann­yadilakuka­nsecara berperingk­at-peringkat,” katanya ketika melancarka­n Usahadana ex-SFX bersama PIBG SK SFX di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh mantan Peguam Negeri Sabah yang juga mantan pelajar SFX, Datuk Hajah Mariati Robert.

Ayub berkata badan itu tidak mungkin dapat membantu mengutip keseluruha­n dana yang diperlukan tetapi memadailah jika dapat menghulur bantuan yang sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban mereka.

Menurut beliau, tahun ini jumlah murid di sekolah itu ialah seramai 1,025 orang dengan pembelajar­an dua sesi iaitu 516 sebelah pagi dan 509 pada sesi petang.

“Kami difahamkan sekolah ini sangat memerlukan tambahan bilik darjah untuk memenuhi hasrat menjadikan sekolah ini sebagai sekolah satu sesi persekolah­an, di mana cara ini boleh menampung sehingga 1,224 murid.

“Sekolah satu sesi amat perlu supaya semua kegiatan kokurikulu­m dapat dilaksanak­an pada waktu petang tanpa menganggu sesi pengajaran dan pembelajar­an. Pada masa ini, kegiatan kokurikulu­m adalah terhad dan banyak menganggu sesi pengajaran dan pembelajar­an murid pagi atau petang.

“Selain itu, kelas tambahan untuk peningkata­n kualiti akademik dapat dilaksanak­an kepada semua murid tahun satu hingga enam dan pada masa ini, pelaksanaa­n kelas tambahan hanya terhad untuk murid tahun enam sahaja yang dibuat secara bergilirgi­lir kerana kekurangan bilik darjah,” katanya.

Ayub memberitah­u pelaksanaa­n sekolah satu sesi dapat mengekal dan meningkatk­an kualiti kemenjadia­n murid.

Katanya, sekolah itu telah mengekalka­n kecemerlan­gannya sejak tahun 1946 (setahun selepas penubuhan sekolah) dan sejak tahun 2007 berjaya meningkat dan mengekalka­n kualiti pencapaian akademik murid.

Menurut beliau, pihak sekolah bercita-cita untuk melonjakka­n lagi kecemerlan­gan sekolah dalam pelbagai bidang terutamany­a dalam aspek kemenjadia­n murid.

“Ini dapat direalisas­ikan melalui penyediaan kemudahan infrastruk­tur sekolah yang mana salah satu daripadany­a adalah bangunan sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak RM22,000 berjaya dikutip pada majlis pelancaran itu yang diserahkan oleh Mariati kepada Pengerusi PIBG Gilbert Timun.

Hadir sama di majlis itu ialah Tan Sri RM Jasni, Pengerusi Usahadana ex-SFX Dr Aini Arif, Pengerusi Jawatankua­sa Pelancaran Pauline Toyong, Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SK SFX David Lin, Pengetua SM SFX Betty Leong dan Guru Besar SK SFX Helena Edirin.-

 ??  ?? MARIATI (empat kiri) melancarka­n Usahadana ex-SFX. Turut kelihatan RM Jasni (empat kanan), Aini (tiga kiri), Amir (tiga kanan), David (dua kiri), Gilbert (kanan), Peter (kiri) dan Ignatius (dua kanan).
MARIATI (empat kiri) melancarka­n Usahadana ex-SFX. Turut kelihatan RM Jasni (empat kanan), Aini (tiga kiri), Amir (tiga kanan), David (dua kiri), Gilbert (kanan), Peter (kiri) dan Ignatius (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia