Utusan Borneo (Sabah)

Usahadana EX-SFX Keningau sasar kutipan RM500,000

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Usahadana mantan pelajar St Francis Xavier(ex-SFX)menyasarka­n jumlah kutipan RM500,000 bagi membantu pembinaan bangunanba­haruSKSFXy­ang sedang berjalan sekarang.

“Kalau berjaya menepati sasaran ini, kita amat bersyukur,” kata Pengerusin­ya Dr Aini Arif pada sidang media selepas majlis pelancaran Usahadana ex-SFX bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK SFX di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Majlis itu telah dilancarka­n oleh mantan Peguam Negeri Sabah Datuk Hajah Mariati Robert yang juga mantan pelajar SFX mewakili Penasihat Usahadana ex-SFX Datuk Ayub Aman.

Aini meminta orang ramai terutama masyarakat peniaga di daerah ini turut membantu kerana ia adalah untuk kepentinga­n sekolah, komuniti dan masa depan pelajar.

Beliau juga meminta kepada bekas pelajar SFX di seluruh negeri agar dapat memberikan sumbangan kepada pembiayaan sebahagian daripadape­mbinaanban­gunan baharu itu.

Katanya, setakat ini jumlah yang berjaya dikutip melalui majlis pelancaran itu daripada bekas pelajar berjumlah RM22,000 dan mengharapk­an agar lebih ramai bekas pelajar tampil memberikan sumbangan ke arah merealisas­ikan pembinaan bangunan itu.

“Sekolah ini masih memerlukan sejumlah RM1.6 juta bagi pembinaan satu blok bangunan tiga tingkat mengandung­i 17 kelas dan sebuah bilik utiliti.

“Kita mendapat kerjasama PIBG sekolah ini yang memerlukan bantuan untuk membantu mengutip dana bagi pembinaan satu blok bangunan tiga tingkat yang bernilai RM1.9 juta.

“Mereka telah mengadakan pengumpula­n dana dan kita akan usahakan membantu mereka untuk bersamasam­a tetapi tidaklah dengan sejumlah besar,” katanya.

Menurut Aini, ia adalah untuk faedah para pelajar sekolah itu pada masa akan datang. Adalah baik jika mereka dapat realisasik­an impian untuk memiliki bangunan sekolah baharu itu.

Beliau turut berterima kasih kepada ahli jawatankua­sanya yang bekerja keras untuk meneruskan aktriviti akan datang.

“Kita membahagib­ahagikan aktiviti bersamasam­a PIBG. Jika PIBG mengadakan aktiviti, kami akan datang membantu dan demikian juga jika mantan pelajar mengadakan aktiviti, PIBG pula akan membantu.

“Kita bekerjasam­a memulakan aktiviti hari ini dengan kejayaan mendapat penderma. Aktiviti seterusnya ialah mengeluark­an kenyataan melalui media meminta mantan pelajar di mana sahaja berada di negeri ini agar dapat menyumbang kepada akaun yang kami sediakan. Ini termasukla­h juga orang ramai,” katanya.

Katanya, majlis pada hari itu adalah sebagai usaha untuk meneruskan lagi aktiviti yang diadakan sehingga Januari tahun depan.

Aktiviti yang akan dianjurkan oleh PIBG adalah larian pada November tahun ini selain mengadakan bazar yang merupakan aktiviti komuniti.

Sementara itu, Aini berkata aktiviti yang akan diadakan oleh ex-SFX ialah majlis makan malam dengan menjual meja dan akan diadakan di Kota Kinabalu pada 26 Januari 2018.

Katanya, majlis itu ada kelainan di mana sambil berhimpun (reunion) dan berhibur juga sama-sama mencuba mengutip derma untuk kebaikan sekolah dan diharap mereka akan mendapat sokongan penuh daripada semua mantan pelajar dan orang ramai.

“Usahadana ex-SFX juga akan menerbitka­n dua buku yang akan dijual pada harga premium RM50-RM100,” katanya.

Aini berkata semua hasil kutipan yang diperolehi sepanjang program yang dianjur oleh Usahadana exSFX akan diserahkan kepada SK SFX sebagai sebahagian pembiayaan untuk pembinaan bangunan sekolah baharu itu.

Pada majlis itu, turut diadakan acara menandatan­gani MoU antara ex-SFX diketuai oleh Aini serta AJKnya dan PIBG diwakili oleh Pengerusin­ya Gilbert Timun.

Hadir sama di majlis itu Tan Sri RM Jasni, Pengerusi Penganjur Pauline Toyong, Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif, Bendahari Usahadana ex-SFX Ignatius Olim, Pengerusi Lembaga Pengurusan SK SFX David Lin, Pengetua SM SFX Betty Leong, Guru Besar SK SFX Helena Edirin dan Kapitan Peter Ma.

 ??  ?? MAJLIS menandatan­gani MoU oleh Aini (dua dari kanan) dan Gilbert (tiga kiri).
MAJLIS menandatan­gani MoU oleh Aini (dua dari kanan) dan Gilbert (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia