Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Umno Ranau beri sokongan padu kepada kepimpinan PM

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Wanita Umno Bahagian Ranau menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pergerakan itu juga memberikan sokongan yang sama kepada kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Ketua Perhubunga­n Umno Negeri Sabah dan Ketua Bahagian Umno Ranau merangkap Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Sokongan itu dicapai sebulat suara pada Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Ranau di dewan masyarakat di sini yang dihadiri 497 perwakilan dari tiga DUN - Kundasang, Karanaan dan Paginatan.

Usul pertama taat setia terhadap kepimpinan Umno Pusat telah dibentangk­an oleh Ketua Penerangan Wanita Umno Ranau Ain Apainah Yuni dan usul kedua oleh Ketua Wanita Umno Cawangan Kg Sagindai Saisah Mazeati L Ramlie, yang mengusulka­n taat setia kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah dan Ketua Umno Bahagian Ranau.

Ucapan penangguha­n mesyuarat itu telah disempurna­kan Timbalan Ketua Wanita Umno Ranau Rosnati Abd Rahim.

Dalam ucapannya, Ketua Wanita Umno Ranau Datuk Amisah Yassin menyifatka­n kesepaduan dan silaturrah­im yang erat dalam kalangan Wanita Umno Ranau menjadi tulang belakang kepada kekuatan parti di daerah ini.

Beliau mengajak seluruh tenaga Wanita Umno, baik di peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri, terus menggemble­ng tenaga memantapka­n parti di samping bertindak bijak menangkis segala cabaran daripada pihak pembangkan­g yang tidak senang melihat kejayaan yang dicapai Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno.

“Kita jangan mudah terpengaru­h dengan berita atau isu yang setiap hari terpapar di media sosial yang belum tentu kesahihann­ya.

“Kita berhadapan bermacam jenis musuh termasukla­h musuh dalam selimut yang sentiasa berusaha untuk menjatuhka­n kepimpinan kerajaan yang ada sekarang. Kita harus berpegang kepada kata-kata hikmat ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’,” katanya.

Sementara dalam amanatnya, Masidi memuji kepimpinan Wanita Umno Bahagian Ranau dalam menjayakan agenda memperkuku­hkan perjuangan parti.

Beliau berkata, tidak dapat dinafikan bahawa wanita merupakan tunjang utama dalam mengeratka­n jentera parti dan telah terbukti wanita telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada perjuangan parti.

Justeru, wanita mesti sentiasa bersiap sedia dan menggerakk­an jentera setiap masa kerana Umno merupakan sebuah parti yang ‘bekerja’ sepanjang masa.

“Saya berasa amat bangga dengan perjuangan dan kejayaan wanita dalam mendekati rakyat menerusi pelbagai program dijalankan yang mendapat sambutan positif di peringkat akar umbi.

“Sesungguhn­ya, sentuhan dan sumbangan kepada rakyat dan pengundi dapat menawan hati mereka untuk terus yakin memilih BN sebagai kerajaan yang terbaik untuk rakyat di masa akan datang,” katanya.

Masidi turut menyatakan perasaan bangga dengan kepimpinan Wanita Umno Ranau yang sentiasa mantap dan berdiri teguh menyokong penuh visi dan misi parti.

Beliau berkeyakin­an menerusi gandingan mantap gerakan jentera pilihan raya pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bersama parti komponen BN yang lain, akan memberikan kejayaan lebih cemerlang kepada calon-calon BN dalam PRU-14.

 ??  ?? PARA perwakilan dan Jawatankua­sa Wanita Umno Ranau merakam gambar kenangan bersama Masidi.
PARA perwakilan dan Jawatankua­sa Wanita Umno Ranau merakam gambar kenangan bersama Masidi.
 ??  ?? MASIDI bertanyaka­n sesuatu kepada Goinah Sumbat, 80, ahli Wanita Umno dari cawangan Napong 1 Ranau.
MASIDI bertanyaka­n sesuatu kepada Goinah Sumbat, 80, ahli Wanita Umno dari cawangan Napong 1 Ranau.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA Wanita Umno Ranau bersama Masidi menyanyika­n lagu ‘Maju Wanita’.
JAWATANKUA­SA Wanita Umno Ranau bersama Masidi menyanyika­n lagu ‘Maju Wanita’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia