Utusan Borneo (Sabah)

Bersyukur hidup aman damai

Masyarakat yang insaf akan lebih tenang: Musbah

-

KOTA BELUD: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata umat Islam di negara ini seharusnya bersyukur kerana dengan izin Allah SWT, mereka semua dapat hidup dalam keadaan aman damai.

Katanya keadaan itu membolehka­n mereka bukan sahaja membuat amal ibadat dengan sempurna, tetapi juga dapat mengadakan majlis keagamaan tanpa gangguan dan sekatan.

“Justeru, umat Islam di negara ini harus insaf dan sedar bahawa mereka sangat bernasib baik, masyarakat yang insaf dan bersyukur akan lebih tenang, lebih aman dan lebih mungkin menambah nikmat yang diperolehi.

“Dalam ketenangan inilah negara Malaysia ini mampu membangunk­an sektor-sektor sosial dan ekonominya sehingga kehidupan rakyat menjadi lebih bahagia. Keadaan ini pula membolehka­n kita menyempurn­akan amal ibadat mengikut kehendak agama kita,” katanya.

Beliau yang juga Adun Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Kursus Penghayata­n Islam di Masjid Kampung Jawi-jawi di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Pegawai Tadbir Agama Jheains Kota Belud Haji Zuldin Haji Abd Hamid, Penolong Pegawai Jheains dan Penceramah Ustaz Mohd Jasri Mohd Jasin, Ustas Aziz Rejad, Pengerusi JKKK Jawi-Jawi Jamari Seleh dan 105 peserta kursus.

Musbah berkata amanah adalah istilah merujuk kepada tingkah laku berakhlak meliputi pelbagai nilai murni terutama integriti, jujur, ikhlas, bertanggun­gjawab serta adil yang membentuk keutuhan peribadi.

Katanya akhlak yang baik ialah cermin kepada nilai yang terbit daripada diri dan naluri manusia, himpunan nilai baik itu menjadi satu tuntutan dan syarat bagi sesuatu kerja itu diterima sebagai ibadat di sisi Allah SWT.

“Ia sekali gus menjadi imej dan standard kualiti Islam bagi setiap amalan dan umat Islam juga disyorkan supaya sentiasa berusaha dengan gigih dalam mencari ilmu dan meningkatk­an taraf hidup mereka.

“Allah mengangkat martabat orang berilmu serta diletakkan di tempat yang tinggi maka, dengan ilmu jugalah seseorang itu dipandang tinggi dan dihormati,” jelasnya.

Dalam penguasaan ilmu, kata Musbah, umat Islam di negara ini masih perlu berusaha keras terutama dalam bidang-bidang perdaganga­n, perusahaan, sains dan teknologi, agar kita setanding dengan bangsa dan kaum yang lain.

Beliau mengucapka­n syabas dan tahniah kepada ahli jawatankua­sa penganjur kursus di atas komitmen dan kesungguha­n mereka untuk melaksanak­an program seumpama itu.

 ??  ?? MUSBAH (tiga kanan) menerima cenderahat­i daripada Uztaz Aziz (kiri) diperhatik­an oleh Zuldin (dua kanan) dan Jasri (kanan).
MUSBAH (tiga kanan) menerima cenderahat­i daripada Uztaz Aziz (kiri) diperhatik­an oleh Zuldin (dua kanan) dan Jasri (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia