Utusan Borneo (Sabah)

MRT ejen perubahan dalam landskap pengangkut­an: CEO

-

KUALA LUMPUR: Fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang bakal dilancarka­n esok akan menjadikan perkhidmat­an tren baharu itu sebagai ejen perubahan dalam landskap pengangkut­an negara.

Menyediaka­n pengangkut­an awam yang murah dan efisien, laluan SBK akan memainkan peranannya dalam memberi kemudahan kepada kawasan yang kurang mendapat perkhidmat­an di sepanjang laluan 51 kilometer (km) dengan 31 stesen antara Sungai Buloh dan Kajang.

Ini kerana kawasan di barat laut dan tenggara Lembah Klang tidak mempunyai manamana laluan perkhidmat­an tren bandar.

Perkhidmat­an Transit Aliran Ringan laluan Kelana Jaya, Sri Petaling dan Ampang serta sambungann­ya hanya untuk lingkungan timur laut dan barat daya Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Datuk Seri Shahril Mokhtar menyifatka­n pelaksanaa­n MRT Laluan SBK sebagai ejen perubahan dalam landskap pengangkut­an negara yang akan memberi manfaat kepada rakyat dalam banyak cara, satu daripadany­a adalah untuk meningkatk­an kesalinghu­bungan pengangkut­an untuk penduduk yang tinggal di kawasanyan­gkurangmen­dapat perhatian.

Shahril berkata dalam fasa pertama MRT Laluan SBK yang telah siap, 11 daripada 12 stesen dibina di kawasan yang belum menerima sebarang perkhidmat­an tren dan fasa kedua merangkumi 13 daripada 19 stesen.

“Ini mencermink­an bahawa MRT meningkatk­an kesalinghu­bungan khususnya dikawasanp­inggirband­arsekali gus membolehka­n mereka meningkatk­an pergerakan,” katanya kepada Bernama.

Tambang untuk MRT Laluan SBK juga berpatutan, bermula daripada RM1 hingga RM6.40, membolehka­n kumpulan berpendapa­tan rendah dan sederhana menikmati keistimewa­an perkhidmat­an MRT, katanya.

Shahril berkata MRT akan mengurangk­an beban rakyat kerana ia secara tidak langsung akan menurunkan kos sara hidup mereka.

“Ia lebih murah daripada memandu sendiri kereta anda dengan harga petrol yang tidak menentu, tiada caj letak kereta, kurang penggunaan kenderaan anda sekali gus dapat memanjangk­an jangka hayat kenderaan anda,” katanya.

Dari segi perspektif alam sekitar, ia lebih hijau kerana perkhidmat­an tren ini tidak menggunaka­n bahan api dan orang ramai yang menaiki tren akan mengurangk­an penggunaan kereta mereka menyebabka­n pencemaran udara dapat dikurangka­n, jadi iakemenang­anberganda­untuk alam sekitar, tambahnya.

Shahril berkata pada peringkat makro, MRT Laluan SBK akan terus menyumbang dalam meningkatk­an Pendapatan Negara Kasar (GNI) menerusi kewujudan peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi dengan 130,000 peluang pekerjaan diwujudkan semasa tempoh pembinaany­a sejak 2011 hingga kini.

Selain itu, kawasan di sepanjang jajaran SBK akan terus menunjukka­n kenaikan dalam nilai hartanah dan pembinaan kira-kira 1.2 juta kaki persegi pembanguna­n komersil dan kediaman.Bernama

 ??  ?? SEBUAH tren Transit Aliran Massa (MRT) melalui Stesen Kajang diuji pada tempoh operasi percubaan penuh bagi Fasa Kedua perkhidmat­an MRT laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di Stesen MRT Kajang sewaktu tinjauan fotoBernam­a Sabtu.
SEBUAH tren Transit Aliran Massa (MRT) melalui Stesen Kajang diuji pada tempoh operasi percubaan penuh bagi Fasa Kedua perkhidmat­an MRT laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di Stesen MRT Kajang sewaktu tinjauan fotoBernam­a Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia