Utusan Borneo (Sabah)

Kedai gambar 71 tahun di Perak bakal ditutup

-

IPOH: Kepantasan perkembang­an dan kecanggiha­n teknologi sememangny­a sesuatu yang tidak dapat dinafikan memberi banyak kebaikan serta manfaat kepada kehidupan seharian.

Namun, di sebalik semua itu terutama kecanggiha­n telefon pintar menyebabka­n ada pihak yang terpaksa ‘gulung tikar’ kerana perniagaan kedai gambar serta studio perkahwina­n milik keluarga yang diusahakan sejak 71 tahun yang lalu terus menanggung kerugian.

Premis yang tidak asing atau dianggap ‘legenda’ bagi masyarakat tempatan iaitu Chan Sam Lock di Jalan Sultan Idris di sini akan memberhent­ikan operasi buat selamanya pada 31 Ogos ini.

Pengarahny­a, Chan Mun Loong, 63, berkata pihaknya membuat keputusan untuk menutup operasi kedai itu dua bulan lepas apabila ia menanggung kerugian sehingga RM200,000 setahun bagi tempoh dua tahun berturut-turut.

“Kalau dahulu, sehari boleh cetak sehingga 5,000 keping gambar, tapi sekarang 500 keping sehari pun susah sebab ramai ambil gambar gunakan telefon bimbit.

“Telefon bimbit sekarang juga sangat canggih, malah mempunyai resolusi tinggi. Selepas itu, mereka tidak cetak tapi simpan dalam ‘pen drive’ atau terus kongsi dengan kawan-kawan atau keluarga,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, barubaru ini.

Chan yang mengendali­kan perniagaan kedai itu bersama abangnya, Chan Mun Tong, 71, berkata kos sebulan operasi premis itu adalah kira-kira RM70,000 termasuk utiliti serta gaji pekerja seramai 18 orang.

“Dahulu kami ada kira-kira 50 pekerja tapi disebabkan keuntungan yang semakin kurang, jumlah tersebut dikurangka­n dan pekerja yang ada sekarang kami terpaksa berikan pampasan kerana penutupan operasi,” katanya sambil melahirkan rasa sedih.

Chan berkata kedainya telah menerima pelbagai anugerah serta memenangi banyak pertanding­an antaranya Gambar Perkahwina­n Terbaik selain diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai Studio Perkahwina­n Terbesar di Malaysia pada 1992.

Katanya kedai tiga tingkat itu juga sering menjadi tumpuan pada Aidilfitri untuk mereka yang ingin mengabadik­an kenangan bersama keluarga di dalam studio.

Bercerita lanjut, Chan berkata kira-kira lima tahun lepas pihaknya telah cuba menghasilk­an dan menjual papan tanda menggunaka­n lampu LED sebagai antara alternatif untuk menjana keuntungan.

“Tapi tidak berhasil juga kerana keadaan ekonomi yang agak lembap menyebabka­n orang kurang berbelanja,” katanya.

Chan berkata pihaknya berharap pelanggan yang belum mengambil gambar mereka di kedai itu boleh berbuat demikian sebelum 31 Ogos dan selepas itu manamana gambar yang tidak dituntut akan dimusnahka­n.

Selain itu, katanya pelbagai pakaian pengantin dan gaun yang ada di premis berkenaan akan dijual kepada butik pengantin serta orang ramai yang berminat.

“Barangan lain termasuk albumdanbi­ngkaigamba­rturut dijual dengan diskaun sehingga 40 peratus,” katanya yang akan berehat bersama keluarga selepas ini.-Bernama

 ??  ?? PENGARAH Chan Sam Lock Photo and Bridal Palace, Chan Mun Loong ketika ditemubual dengan wartawan Bernama baru baru ini.
PENGARAH Chan Sam Lock Photo and Bridal Palace, Chan Mun Loong ketika ditemubual dengan wartawan Bernama baru baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia