Utusan Borneo (Sabah)

Najib, Rosmah bersama puluhan ribu tetamu di Rumah Terbuka Umno

-

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kepimpinan parti bersamasam­a puluhan ribu tetamu meraikan majlis Rumah Terbuka Umno 2017pada Ahad, yang disambut ceria dan penuh keharmonia­n.

Najib, yang juga Presiden Umno, tiba kira-kira 11.50 pagi di Dewan Tun Razak 1 Pusat Dagangan Dunia Putra, segak bergaya dengan sepersalin­an baju Melayu berwarna kuning sedondon dengan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketibaan mereka disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, Ketua Pergerakan Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Pemuda Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Puteri Datuk Mas Ermiyati Samsudin, Ketua Penerangan Tan Sri Anuar Musa, anggota Majlis Tertingggi, barisan jemaah menteri dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Hadirin disajikan dengan pelbagai jamuan istimewa daripada badan perhubunga­n Umno negeri masing-masing seperti Soto Bangi, Rendang Arau, Mee Bandung Muar, Laksa Kedah, Nasi Kandar Penang dan pelbagai juadah selain dipersemba­hkan dengan nyanyian dan tarian tempatan.

Suasana majlis kelihatan padat dan sesak apabila masyarakat daripada pelbagai lapisan, latar belakang, agama sanggup beratur di setiap gerai makanan dan juadah yang dihidangka­n hingga memenuhi setiap pelosok dewan.

Ada antara tetamu yang tidak melepaskan peluang mengambil kesempatan bergambar dengan tetamu kehormat dan artis tempatan bagi merakamkan memori Syawal bersama.

Terdapat juga tetamu yang terdiri pelbagai bangsa dan pelancong asing hadir serta menceriaka­n rumah terbuka itu yang turut disajikan dengan persembaha­n kebudayaan.

Antaranya, Muliandy Goppan, 54, dari Jalan Masjid India berkata beliau gembira kerana berpeluang menghadiri rumah terbuka itu di samping berasa bangga kerana dapat berkumpul dengan masyarakat pelbagai kaum.

“Walaupun Umno merupakan parti orang Melayu tetapi hari ini kita dapat lihat masyarakat berbilang bangsa turut hadir memeriahka­n acara. Ini baik untuk perpaduan. Saya sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa India berasa gembira dapat turut serta, kita dapat rasakan kedekatan itu,” katanya.

Sementara itu, Beatrice Chong, 25, seorang pelajar universiti swasta tempatan jelas teruja dan gembira dapat bertemu Perdana Menteri.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Seri Ab Rauf Yusuf sebelum ini berkata kira-kira 50,000 hingga 70,000 tetamu dijangka memenuhi rumah terbuka tahunan tersebut yang dianjurkan hingga 3 petang Ahad. - Bernama

 ??  ?? NAJIB beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Umno 2017 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad. - Gambar BERNAMA
NAJIB beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Umno 2017 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad. - Gambar BERNAMA
 ??  ?? NAJIB bersalam dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Umno. - Gambar BERNAMA
NAJIB bersalam dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Umno. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia