Utusan Borneo (Sabah)

Kes rabies dikesan di Kuala Sepetang, Taiping

-

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) pada Ahad melaksanak­an pemvaksina­n anjing-anjing bertuan di Kuala Sepetang, Taiping, Perak susulan kes rabies atau penyakit anjing gila dikesan di kawasan itu.

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata bagaimanap­un, orang ramai tidak perlu bimbang kerana kawasan jangkitan adalah terhad kepada satu kampung sahaja dengan aktiviti pemvaksina­n dilaksanak­an dalam lingkungan 1km radius daripada kes tersebut dikesan.

Menurutnya kes itu dikesan apabila seorang pemilik anjing membuat laporan pada 13 Julai lepas (Khamis) bahawa anjing miliknya telah mati selepas lapan hari menggigit anak perempuan dan anak saudaranya.

“Selepas lima hari mengigit mangsa, anjing tersebut didapati menunjukka­n tanda klinikal seperti tiada selera makan dan mengasingk­an diri. Seterusnya muntah, demam serta mengalami kekejangan di kaki hadapan dan belakang,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.

Katanya Institut Penyelidik­an Veterinar (VRI) kemudianny­a mengesahka­n sampel otak anjing tersebut positif virus Rabies melalui ujian yang dijalankan semalam (15 Julai).

Dr Quaza Nizamuddin berkata kedua-dua mangsa gigitan anjing tersebut telah dibawa ke Pusat Kesihatan Kuala Sepetang untuk cucian luka dan suntikan tetanus.

“Kedua-dua mangsa kemudian telah dimasukkan ke Hospital Taiping dan masih berada di hospital untuk menunggu pengesahan­bagimemula­kan suntikan vaksin,” katanya.

Beliau berkata jangkitan Rabies pada anjing tersebut berkemungk­inan adalah melalui gigitan “rabid dog” yang dibawa di dalam bot oleh warga asing dari negaranega­ra jiran memandangk­an Kuala Sepetang merupakan kawasan pelabuhan pendaratan ikan.

“Ini adalah kes terpencil dan tiada kaitan dengan kes Rabies di Sarawak,” katanya.

Menurutnya anggaran populasi anjing bertuan di kawasan Kuala Sepetang adalah sebanyak 120 ekor manakala anjing liar sebanyak 50 ekor.

Selain pemvaksina­n anjing bertuan, Dr Quaza Nizamuddin berkata DVS turut melaksanak­an kerjakerja memusnahka­n anjing yang menunjukka­n tanda klinikal penyakit dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mengambil sampel daripada kepala anjing.

Katanyasur­velanpenya­kit turut dijalankan dalam lingkungan 10km radius dari lokasi jangkitan.

Dalam pada itu, beliau menasihatk­an orang ramai agar menjauhkan diri daripada anjing liar atau anjing tidak bertuan bagi mengelak daripada digigit anjing. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia