Utusan Borneo (Sabah)

Aidilfitri KIKM catat sejarah tersendiri

Eratkan kekeluarga­an, perpaduan saudara baru dan penduduk bukan Islam

- Oleh SALMAN ABADI

MAJLIS Sambutan Hari Raya Aidilfitri Komuniti Islam Kampung Minyak (KIKM) Kudat yang diadakan di kampung itu bukan sahaja berlangsun­g dalam suasana meriah tetapi mencatat sejarah tersendiri.

Program itu sangat unik dengan menjemput para penduduk kampung yang bukan beragama Islam untuk hadir bersama-sama di majlis itu.

Majlis yang dihadiri kirakira 150 saudara baru dan penduduk kampung itu telah diadakan di perkaranga­n masjid baharu kampung yang terletak kira-kira 6 kilometer dari Pekan Sikuati, Kudat.

Menurut Setiausaha merangkap Penyelaras Program Majlis Sambutan Hari Raya KIKM Kasmah Osingang, beliau mendapat idea untuk mengadakan majlis itu ketika bermesyuar­at dengan Ahli Jawatankua­sa Komuniti Islam pada bulan Ramadan.

Katanya, ia merupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri kali pertama diadakan setelah 17 tahun tidak bersamasam­a komuniti setempat dalam sebarang majlis sejak berhijrah di Kota Kinabalu.

Antara yang turut hadir ialah Ketua kampung Minyak Onius Tamaki, Pengerusi KRT Peter Lampik, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Minyak Kastim Malinjau, Dr George Tamaki dan Dato Jeffry Yahya yang juga pengurus Pisompurua­n Homestay di Kampung Mintak.

Kasmah berkata, para penduduk kampung turut memeriahka­n majlis rumah terbuka itu dengan pelbagai hidangan yang disumbangk­an sendiri oleh masyarakat Islam dan beberapa individu yang bermurah hati menderma wang ringgit untuk menampung perbelanja­an majlis itu.

Mesej dan makna tersirat demi mengeratka­n hubungan kekeluarga­an dan perpaduan tercetus dalam penganjura­n Majlis Sambutan Hari Raya Komuniti Islam Kampung Minyak Kudat.

Majlis itu dijangka bakal dijadikan acara tahunan dalam konteks perpaduan serta ikatan kekeluarga­an yang mantap dan berterusan melalui sambutan perayaan keagamaan, kebudayaan suku kaum dan sebagainya.

Dalam ucapannya, Pengerusi Komuniti Islam Kampung Minyak Abdullah Mongkukui merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada para penduduk yang hadir terutamany­a Onius.

Jelas beliau, tujuan utama mengadakan majlis rumah terbuka bersama-sama penduduk kampung yang bukan beragama Islam adalah untuk membuktika­n betapa pentingnya perpaduan yang sedia terjalin terus diperkukuh­kan dalam kalangan masyarakat melalui majlis seumpamany­a.

Katanya, budaya kunjungmen­gunjung pada setiap sambutan Hari Raya telah wujud di kampung itu sejak 30 tahun yang lalu dengan beberapa keluarga yang beragama Islam, tambahan lagi hubungan kekeluarga­an tetap rapat dan utuh.

Abdullah yang memeluk agama Islam sejak berumur 10 tahun menyatakan rasa bersyukur tinggal dalam kampung yang tidak dicemari unsur-unsur perkauman dan perbezaan agama yang melampau.

“Saya masih ingat, apabila Hari Raya tiba ramai kawankawan datang ke rumah, malah bukan hanya dari kampung ini tetapi ada juga dari kampung jiran.

“Hubungan kekeluarga­an amat kuat dan sangat dititikber­atkan pada ketika itu walaupun kami berlainan agama,” kata Kasmah mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya dan beliau sendiri memeluk Islam ketika berusia enam tahun.

Namun, sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini agak berbeza dari tahuntahun sebelumnya, di mana lokasi yang dipilih ialah di perkaranga­n Masjid Kampung Minyak yang baharu dan turut menjemput penduduk kampung juga saudara-mara Islam yang tinggal di luar daerah Kudat seperti dari Tawau, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Selangor dan Kuala Lumpur.

Semuanya turut memeriahka­n sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhan­aan sambil mengukuhka­n lagi silaturahi­m dan simpulan tali pertautan kekeluarga­an dengan mengetepik­an perbezaan sebaliknya saling menghargai dan menghormat­i kepelbagai­an yang unik.

Onius turut melahirkan rasa terima kasih kepada AJK KIKM atas kesudian menjemput beliau dan AJK JKKK serta para penduduk untuk turut serta dalam majlis itu.

“Saya amat terharu dengan penghargaa­n ini dan akan menjadikan­nya sebagai hadiah terbaik kepada saya sejak menerajui kepimpinan kampung ini. “Saya akan menjadikan­nya panduan dan landasan saya sebagai pemimpin dalam kampung yang berbilang kaum dan anutan agama,” jelas beliau yang baru menerajui kepimpinan sebagai ketua kampung awal tahun ini.

Majlis itu turut dimeriahka­n lagi dengan pelbagai aktiviti pengisian termasukla­h cabutan pengunjung bertuah dan penyampaia­n cenderahat­i kepada Tokoh Aidilfitri 2017, Zainal Dulang yang juga mantan pengerusi Komuniti Islam Kampung Minyak.

 ??  ?? KASMAH (kanan) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang bertuah. KASMAH (duduk, empat kanan) dan AJK Sambutan Hari Raya Aidilfitri KIKM. ABDULLAH (duduk, empat kanan) bersama sebahagian tetamu lelaki. ONIUS (kanan) menyampaik­an Anugerah Tokoh Aidilfitri 2017 kepada Zainal.
KASMAH (kanan) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang bertuah. KASMAH (duduk, empat kanan) dan AJK Sambutan Hari Raya Aidilfitri KIKM. ABDULLAH (duduk, empat kanan) bersama sebahagian tetamu lelaki. ONIUS (kanan) menyampaik­an Anugerah Tokoh Aidilfitri 2017 kepada Zainal.
 ??  ?? (Atas) KASTIM (kanan) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada Shahril William Jose. (Kiri) ISAAC Aqeef Mojintang (didukung) antara ‘tetamu’ termuda dari Kota Kinabalu. (Bawah) PARA tetamu menjamu selera pelbagai juadah yang disumbangk­an oleh AJK KIKM dan para penyumbang yang dermawan.
(Atas) KASTIM (kanan) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada Shahril William Jose. (Kiri) ISAAC Aqeef Mojintang (didukung) antara ‘tetamu’ termuda dari Kota Kinabalu. (Bawah) PARA tetamu menjamu selera pelbagai juadah yang disumbangk­an oleh AJK KIKM dan para penyumbang yang dermawan.
 ??  ?? GEORGE (kiri, berkaca mata) antara tetamu jemputan di majlis itu.
GEORGE (kiri, berkaca mata) antara tetamu jemputan di majlis itu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN saudara-mara dari Kota Kinabalu menghadiri majlis itu dengan penuh keceriaan dan keriangan.
SEBAHAGIAN saudara-mara dari Kota Kinabalu menghadiri majlis itu dengan penuh keceriaan dan keriangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia