Utusan Borneo (Sabah)

Layan surat rakyat di majlis Aidilfitri

Bung pentingkan usaha sedia pelbagai kemudahan asas

- Oleh YUSOP TEPPO

W

ALAUPUN dalam suasana Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, sebagai seorang wakil rakyat, Dato Sri Bung Moktar Radin tetap melayan pelbagai surat permohonan rakyat yang datang bertemunya.

Sikap berjiwa rakyat Ahli Parlimen Kinabatang­an ini amat membuktika­n beliau mementingk­an rakyat bagi menyediaka­n pelbagai kemudahan asas dalam Parlimen Kinabatang­an seluas negeri Pahang serta membantu rakyatnya dalam apa juga masalah dihadapi mereka.

Sepanjang Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Kinabatang­an, Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Kinabatang­an ini tidak senang duduk dikerumuni oleh pelbagai lapisan masyarakat untuk bersalaman sambil menyerahka­n pelbagai surat permohonan.

Bung tidak pernah menolak surat permohonan rakyatnya malahan sentiasa melemparka­n senyuman kepada semua yang hadir bersalaman dengannya.

Walaupun dilihat dari raut wajahnya agak keletihan dengan tugas yang digalasnya sebagai seorang wakil rakyat, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an dan Pengerusi Felcra Berhad, tetapi sikapnya tetap mesra dan sentiasa senyum.

Beliau membaca setiap surat yang diserahkan kepadanya dan ada yang terus ditandatan­gannya untuk diluluskan walaupun sibuk melayan rakyat pada majlis rumah terbukanya itu.

Ketika ditemui media pada majlis rumah terbuka itu, beliau menjelaska­n telah menjadi rutin bagi dirinya dalam apa juga majlis atau bersua muka dengan rakyat setiap kali turun ke kawasannya.

“Kinabatang­an ini kawasan besar, jadi di mana sahaja saya berada di situlah mereka (rakyat) menyampaik­an hasrat dan masalah, namun saya sudah biasa dengan suasana ini.

“InsyaAllah, mana yang boleh kita selesaikan, kita cuba selesaikan segera. Mana yang perlu kita minta daripada pihak kerajaan melalui kementeria­n, kita akan minta. Beginilah lumrahnya hubungan ahli politik dan masyarakat,” katanya.

Ditanya mengenai apa permohonan yang sering diajukan, Bung berkata permohonan melibatkan baik pulih rumah, meminta enjin sangkut dan set janakuasa, sehinggala­h kepada pemasangan tiang lampu.

“Keluasan Parlimen Kinabatang­an lebih daripada negeri Pahang, jadi memang banyak masalah. Jumlah peruntukan adalah sama dengan Ahli Parlimen dari negeri Perlis, tapi tidak apa kita akan usahakan apa yang patut dan perlu,” katanya.

Beliau berkata Parlimen Kinabatang­an masih lagi menghadapi banyak masalah daripada pelbagai sudut infrastruk­tur.

Tetapi yang menjadi keutamaan beliau adalah jeti, jambatan, pemasangan elektrik dan air bersih serta beberapa lagi kemudahan asas yang lain.

Bung juga menegaskan keutamaan yang serius adalah masalah perumahan di Kinabatang­an yang memang ketara di mana ada yang tidak memiliki rumah, ada satu rumah sampai enam keluarga menghuniny­a.

“Jadi, ini juga kita memang perlu atasi, cuma tidak dapat diatasi secara total...kena laksanakan secara berperingk­at disebabkan kekangan peruntukan,” katanya.

Mengenai majlis rumah terbukanya di Dewan Sri Lamag Kinabatang­an dan Kampung Penangah, Bung berkata sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kinabatang­an adalah acara tahunan untuk beramah mesra dan bermaaf-maafan dengan masyarakat di seluruh Kinabatang­an serta rakan-rakan dari Semenanjun­g, Kota Kinabalu dan Sandakan.

“Tujuan kita adalah untuk mengeratka­n silaturahi­m dengan satu sama yang lain, sebab kita ini manusia biasa selalu melakukan kesalahan dan kesilapan. Waktu inilah kita bermaaf-maafan,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Mohd Edris, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kinabatang­an Datuk Jafry Ariffin, Naib Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an Pg Aziz Pg Damsah, Pegawai Daerah Kinabatang­an Yassin Nasir, Ketua Polis Daerah Kinabatang­an Superinten­dan A Sahak Rahmat dan barisan kepimpinan Umno serta Barisan Nasional (BN) Zon Lima.

Kinabatang­an ini kawasan besar, jadi di mana sahaja saya berada di situlah mereka (rakyat) menyampaik­an hasrat dan masalah, namun saya sudah biasa dengan suasana ini. InsyaAllah, mana yang boleh kita selesaikan, kita cuba selesaikan segera. Mana yang perlu kita minta daripada pihak kerajaan melalui kementeria­n, kita akan minta. Beginilah lumrahnya hubungan ahli politik dan masyarakat.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA Umno Bahagian Kinabatang­an bersama Bung.
JAWATANKUA­SA Umno Bahagian Kinabatang­an bersama Bung.
 ??  ?? BUNG menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak di Penangah.
BUNG menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak di Penangah.
 ??  ?? BUNG dan Zakaria bergambar kenangan bersama rakyat yang hadir.
BUNG dan Zakaria bergambar kenangan bersama rakyat yang hadir.
 ??  ?? BUNG berbincang sesuatu dengan Zakaria (kanan) sambil diperhatik­an oleh Yassin (tengah).
BUNG berbincang sesuatu dengan Zakaria (kanan) sambil diperhatik­an oleh Yassin (tengah).
 ??  ?? BUNG melayan rakyat sambil meneliti surat permohonan yang dikemukaka­n.
BUNG melayan rakyat sambil meneliti surat permohonan yang dikemukaka­n.
 ??  ?? BUNG berbincang sesuatu dengan Masiung.
BUNG berbincang sesuatu dengan Masiung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia